Pempengaruh terkenal, Khairul Aming tak sangka Sambal Nyet perniagaannya berjaya terjual sehingga 13,000 dalam masa dia minit semalam.

Menurut Khairul Aming ia merupakan rekod terbaharu selama tiga tahun menceburi pernigaan berkenaan.

"Tengah hari tadi kita restock 13,000 botol Sambal Nyet dan sold out dalam masa 2 minit.

"Ni paling laju sold out sepanjang tiga tahun berniaga. Thank you guyss," tulisnya.

Aming berkongsi perkara berkenaan di akaun media sosialnya seperti TikTok dan Instagram.

Menerusi video berkenaan dia memuat naik rakaman sewaktu jualannya di Shopee mendapat sambutan yang menggalakan dengan menunjukkan notifikasi pembelian tanpa henti dan sangat laju diterima di telefon pintarnya.

"Korang tengok, weh lajunya...dah berapa terjual ni? Handphone aku dah hanged!" katanya dalam video itu.

Video berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang memberikan pelbagai reaksi.

"Income RM169k dalam masa 2 minit. Belanja staf dengan ikhlas, Allah bayar balik dengan segera" komen salah seorang pengikut laman sosial.

"Jangan terkejut kenapa rezeki dia tak berhenti masuk asbab dari kebaikan yang dilakukan," kata salah seorang netizen

"Kau punya sedekah menyantuni staf ko pun macam laju gedabak kau keluarkan duit, macam mana lah Allah tak bagi sambal nyet ko laku keras," puji salah seorang warga net.

Baru-baru ini tular Khairul Aming menyantuni pekerjanya dengan belanja baju raya serta memberikan wang sebagai bonus raya sempena permintaan berkali ganda di bulan Ramadan