Laman Utama

14 Ahli Keluarga Yana Samsudin Di Yong Peng Positif COVID-19 - "Mak Abah Dan Semuanya..."

Amri Hassan
15/08/2021
23:42 MYT
Pelakon Yana Samsudin hiba apabila semua 14 orang ahli keluarganya di kampung halaman di Yong Peng, Johor, positif virus COVID-19.
Yana memaklumkan perkara terbabit menerusi hantaran di Instagramnya selepas keluarga besarnya menerima keputusan ujian calitan COVID-19 pada Isnin.
"Bismillah, keputusan keluar hari ini. Semua ahli keluarga saya di Yong Peng positif COVID-19.
"Astagfirullahalazim ...Allah Maha Besar Maha Mengetahui segalanya...
"Mak, abah dan semuanya, please stay strong . Kami jauh," tulisnya berserta tanda pagar #14.
Yana pada Ahad mengemaskini status Instagram Stories menyatakan 12 anggota keluarganya termasuk dua kakak kandungnya positif virus berkenaan.
Malah, Yana mengingatkan individu yang menjadi kontak rapat ahli keluarganya yang dijangkiti COVID-19 agar segera melakukan ujian calitan.
"Dukacita dimaklumkan ahli keluarga saya iaitu Kak Yati dan Kak Liza disahkan positif COVID-19. 12 orang semuanya termasuk anak-anak.
"Sesiapa yang dah berhubung secara rapat boleh membuat ujian calitan sebab Kak Long saya tidak bergejala.
"Anak Kak Ngah saya juga tidak bergejala. Sama-sama kita jaga kesihatan. Tak tahulah nak sedih atau apa. Semoga mereka kuat dan sihat semuanya," tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Berita

Selepas 3 Hari Hilang, Ini Gambar Terkini Albertine Leo Bersama Keluarga

gempak
24/07/2024
06:55 MYT
Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan hilang, dipercayai diculik di Iskandar Puteri di sini pada Sabtu lalu, sudah kembali ke pangkuan keluarganya.
Berita

Tiga Negeri Ini Berjaya Catat Calon Paling Ramai Raih Keputusan STPM Cemerlang

gempak
24/07/2024
04:55 MYT
Negeri Johor, Sabah dan Pahang mencatatkan jumlah calon paling ramai memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.