gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ini Adalah Drama Perjuangan Wanita Paling Ikonik! Yang Terakhir Itu Paling Epik
BERITA
Sooka Rai Ulang Tahun Ke Empat Dengan Pelbagai Tawaran Eksklusif & Fungsi Baharu Untuk Pelanggan
VIRAL
Bintang YouTube Popular Palsukan Kematian Hanya Untuk…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Lelaki Benarkan Isteri Diperkosa Bomoh Untuk Ritual 'Pindah Ilmu'

Gempak
Gempak
05/07/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Benarkan Isteri Diperkosa Bomoh Untuk Ritual 'Pindah Ilmu'
Seorang wanita muda berdepan detik hitam apabila menjadi mangsa nafsu serakah bomoh yang memperdaya suaminya.
ST, 20, diperkosa dukun dikenali sebagai ZM, 42, atas alasan pengubatan tradisional malah suaminya, RR, 28, membenarkan isterinya disetubuhi pelaku.
Kejadian itu berlaku di Kecamatan Mandau, Kabupaten, Bengkalis di Riau, Indonesia.
Polsek Mandau mengesahkan ZM dan RR telah diberkas setelah upacara mengarut dilakukan mereka terbongkar.
"Bomoh tersebut melakukan hubungan badan dengan ST sebanyak tiga kali ketika RR melakukan ritual kononnya untuk 'memindahkan ilmu' di bilik berasingan
"Dukun tersebut mendakwa mangsa kononnya disihir dan terdapat jarum serta ulat dalam tubuhnya yang perlu 'dibersihkan' melalui persetubuhan," ujar AKP Primadona Caniago.
Menurutnya, ZM turut melakukan upacara 'mandi taubat' dalam keadaan mangsa berbogel sebelum melakukan perbuatan keji itu.
"Suaminya tergamak membiarkan isterinya diperlakukan sedemikian kerana terlalu taasub dengan ilmu yang dijanjikan pelaku," jelasnya lagi.
Kedua-duanya didakwa di bawah undang-undang kekerasan seksual dan jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 12 tahun.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Isteri
#Rogol
#Bomoh
#Pindah
#Lelaki
#Ritual
#Izin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement