Ni nak koba, pelakon cantik Faezah Elai pun suko bonar dengan cerito Gemencheh Boys ni. Cuba ekau tengok penerangan yang dia buek pasal filem ni. Memang kono!

Dia kobar yang kalau ekau tak ado minat dengan kojo, lambat-laun minat tu boleh dipupuk.

“Pada saya apa yang cuba disampaikan dalam filem ini adalah, kita punya kepakaran tu adalah benda yang mungkin kita tak minat.

“Tapi, minat ini boleh dipupuk dengan kesungguhan, dengan usaha dan juga kita punya circle of friends is very important, yang akan membuatkan kita boleh menjadi berjaya dalam apa bidang sekalipun.

“Kita perlukan orang seperti Cikgu azman tu. Sebab sekarang susah nak cari cikgu yang macam tu. Dia bukan sahaja cikgu tetapi dia juga adalah seorang pendidik. Dia telah melakukan satu tanggungjawab dengan sacrifice dia punya masa, dia punya own life to make sure dia punya anak-anak murid tu mencapai atau ada masa depan yang lebih baik. Itu yang susah tu.

“Saya sangat suka watak Cikgu Azman yang dibawa oleh Pekin. Pekin you did a good job. Kalau kita tengok kanak-kanak tu, dia memang berjaya membawa watak tu dengan berjayanya.

“Saya kena bagi kredit kepada pengarahan pengarah sebab saya seorang pelakon, suami saya seorang pengarah. Jadi selalunya kalau orang tak pernah berlakon perlukan kerja yang lebihlah untuk bahagian pengarahan.

“Dia orang punya karakter ni sangat natural dan nampak macam seperti orang yang pernah berlakon. Jadi kudos to the pengarah you really did a good job,” koba Faezah Elai.

A post shared by faezahelai (@faezahelai)


Cerito Gemencheh Boys ni dah mulo ditayang di pawagam. Den nak koba, kalau ekau nak tau, filem ni diarahkan oleh pengarah Jason Chong dan dilakonkan oleh Pekin, Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai tonggak utamo.

BACA: Filem ‘Gemencheh Boy’ Antara Topik Yang Diperkatakan Mohd Isam Di Majlis Parlimen Ke-15...​