Jangkitan baharu COVID-19 setakat tengah hari tadi dilaporkan sebanyak 17,352 kes, menjadikan keseluruhan kes positif kini sebanyak 1,862,187 kes.

Kes jangkitan baharu semalam adalah sebanyak 20,396.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor HIsham Abdullah, dalam perkongsian dalam media sosial, berkata, Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan sebanyak 3,714 kes.

Selain Sarawak, tujuh negeri lain turut mencatatkan kes empat angka iaitu Selangor dengan 2,126 kes; Johor (2,101); Sabah (1,844); Kedah (1,599); Pulau Pinang (1,558); Kelantan (1,213) dan Perak (1,082).

Dr Noor Hisham berkata, negeri lain turut mencatatkan kes baharu, hari ini, iaitu Terengganu dengan 700 kes; Pahang (463); Kuala Lumpur (398); Melaka (295); Negeri Sembilan (193); Perlis (38); Putrajaya (23) dan Labuan dengan lima kes.