Naskhah 18 Puasa Di Kampong Pisang melakar kejayaan tersendiri apabila tersenarai sebagai filem ketiga terlaris di saluran Astro First.
Kejayaan ini sekaligus memecah rekod filem Hantu Kak Limah dan Syif Malam Raya yang masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima.
Memaparkan hiburan santai untuk seisi keluarga,
18 Puasa Di Kampong Pisang masih mengekalkan subjek utama ‘tidak berpuasa’.
Lebih menarik lagi, 18 Puasa Di Kampong Pisang ini memberi penekanan tentang hikmah berpuasa, zakat, fungsi Baitulmal, rukun islam, nilai murni bersedekah, solat taubat dan banyak lagi.
Malah, mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah Mamat Khalid kali ini lebih berat dan pedas yang mampu menjentik hati untuk merenung kembali setiap tingkah laku manusia.
Filem ini masih mengekalkan pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud) Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).
Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan karakter istimewa seperti Tyson 1 (Namron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Kiambang (Siti Elizad Mohamad Sharifuddin), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim), Ayahanda Rani Kulop (Rani Kulop), Manap Sengau (Yeop Hitler), Penjaga Neraka (Man Raja Lawak) dan ramai lagi.
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.
Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, dia telah didatangi si iblis yang membawanya kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.
Tonton filem komedi sarat mesej ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 mulai 15 April 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Azwa Rahman
Mon May 17 2021


“Tolong Sapu Hati I Please” - Muka Macam Pelakon You? Hasrat Gadis Ini Jumpa Cleaner Kacak Akhirnya…
Ramai mendakwa lelaki berkenaan kelihatan seperti watak drama bersiri You, Joe Goldberg

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP1
Macam mana dengan show tadi? Best? Kalau korang nak lagi, apa kata korang layan kapsul ni pulak. Jom kita tengok apa persiapan dorang sebelum bermulanya show tadi. #MysteryRankingShowMalaysia

#TravelMana: Tambang Kereta Api Tenom RM1.20 Sehala, Percutian Gadis Ini Ke Sabah Tular! - “Boleh Bau Angin Segar”
Bucketlist!

“Sepatutnya Last Check Up…” - Berkat Jumaat, Anzalna Selamat Bersalin Anak Kedua
Lepas Elfira, Anzalna pula bersalin. Tahniah, ramainya baby tahun ni hehe

Elfira Loy Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Alhamdulillah...

“Jangan Paksa Mereka Ubah…”- Sheikh Muszaphar Dedah Anak Kidal Banyak Kelebihan
Kidal ni memang rare!

“Jangan Buang Anak, Hubungi Saya” - Iesya Toh Ambil Inisiatif Jadi Talian Bantu Mangsa
Baguslah Iesya Toh nih.

“Padam Video Sebab Masalah Teknikal” - Agensi Nafi Dakwaan Netizen, Yoo Eun Hye & Kim Jong Kook Tak Bercintalah!
Eh couple ke tak ni sebenarnya?

Rossa Bakal Luah 25 Tahun Usia Nyanyian Dalam Konsert Mega
Wah kejap je dah 25 tahun?

Bersolek Ala Glamor Seperti Kilafairy Atau Natural Look Macam Nadia Brian Untuk Lebaran Kali Ini?
Dah cantik bersolek, kesihatan gigi jangan dilupa.