Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

19 Tahun ‘Duduki Takhta’ Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Siti Nurhaliza Serah Posisi Pada Coldplay

Izwan Isa
24/11/2023 07:55 MYT
Konsert Coldplay Music Of The Spheres yang diadakan pada malam kelmarin telah mencipta rekod baharu sebagai konsert dengan jumlah penonton terbanyak yang pernah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Chris Martin ‘Buat Hal’, Ikut Trend Nak Pinjam Seratus Waktu Konsert Coldplay

Dihadiri lebih 75,000 penggemar band yang berasal dari England itu, konsert tersebut berjaya mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Fantasia Tour, dengan kehadiran 70,000 penonton.



Menariknya, Konsert Fantasia Tour merupakan konsert jelajah yang diadakan pada 2004. Sepanjang tempoh 19 tahun selepas itu, tiada sebarang konsert yang berjaya memecahkan rekod dipegang Siti sehinggalah penganjuran Konsert Coldplay Music Of The Spheres.

Lebih istimewa, Siti merupakan satu-satunya penyanyi tempatan yang berada dalam carta konsert dengan jumlah penonton tertinggi yang pernah diadalah di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Di tempat ketiga merupakan konsert A.R Rahman Secret Of Success dengan kehadiran lebih 67,000 penonton. Manakala tempat keempat pula dimiliki oleh BLACKPINK menerusi konsert jelajah Born Pink Tour dengan kehadiran lebih 62,000 peminat. Tempat kelima pula diduduki oleh Jacky Cheung dengan kehadiran lebih 50,000 penonton.

BERITA TRENDING: 27 Tahun Penantian, Coldplay Rileks Perform Dalam Hujan & Terima Kasih Malaysia

Untuk rekod, Konsert Fantasia Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan lokasi kemuncak selepas melewati 14 lokasi lain seluruh Malaysia.

#Siti Nurhaliza #Coldplay
;