Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

2 Kali Gugur, Nabila Huda Menyesal Tak Pantang Betul-Betul - "Maybe Itu Antara Punca Tak Boleh Pregnant?"

Amri Hassan
22/07/2021 00:42 MYT
Pelakon Nabila Huda mengakui menyesal apabila tidak mengamalkan cara berpantang dengan betul selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini.

BACA: Nabila Huda Keguguran Lagi... "Kenapa Susah Sangat, Bila Kita Nak"

BACA: "I've Been Waiting For This Almost 4 Years... But Too Bad..." - Nabila Huda Alami Keguguran


Kata Nabila atau lebih popular dengan sapaan Abil, itu menjadi kebarangkalian dia sukar untuk hamil lagi pada usia 37 tahun.

"Ala kenapa susah sangat ni? Setiap bulan mesti I akan kira hari dan mengharap, tapi mesti tak sangkut juga.

"Tapi Abil tak adalah down sangat, saya reda sebab yang nak bagi rezeki kat kita tu Dia. Kalau Dia tak bagi, mesti bersebab, maybe bukan masanya lagi.

"Saya fikir salah itu datang dari saya juga sebab masa keguguran dua kali, saya tak tahu kena berpantang macam orang lepas beranak.

"Saya betul-betul tak tahu dan saya menyesal sangat. Mungkin itu adalah salah satu punca kenapa tak boleh hamil?" soalnya menerusi hantaran di Instagram Stories pada Rabu.



Justeru, pelakon filem Munafik itu nekad untuk memulakan semula cara berpantang biarpun tempoh kegugurannya kali terakhir sudah jauh.

"Benci kan bila dah mula fikir negatif. Ok, kena positif. Sekarang saya rasa saya kena pulihkan apa yang patut.

"Bolehkan walaupun kita dah lama keguguran tapi kita nak ganti balik pantang itu? Masih tak terlambat kan?

"Mungkin ia akan membantu saya untuk mengandung lagi. Saya terlalu nak sangat-sangat ada zuriat. Terlalu nak sangat, tak tahu macam mana nak terangkan," luahnya.

Menjelang usia 40 tahun lagi tiga tahun kata Abil, dia menyasarkan untuk menimang cahaya mata lagi dengan izin yang Maha Kuasa.

"Selagi tak mula kerja ni, ada masa lapang banyak ni baik saya buat pakej pantang. saya memang nak kena usaha tak kira apa pun.

"Lagi tiga tahun dah nak masuk 40 ni. I nak anak ramai lagi," ujarnya.

Jadi, Abil memohon jasa pengikut di media sosialnya untuk mencadangkan servis berpantang terbaik dengan harga yang berpatutan.

Dalam pada itu, tegas Abil dia tidak terfikir untuk melakukan teknik IVF memandangkan dia pernah hamil dan melahirkan zuriat sebelum ini.

Abil dan suami, Mohd Izwan Johar telah mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2015. Namun, rezeki tidak berpihak pada mereka apabila Abil dua kali keguguran.

Menerusi perkahwinan dengan bekas suami, Zaidi Zailani, Abil dikurniakan seorang cahaya mata, Keisha Laila.
#pelakon #Nabila Huda #Hamil #Keguguran #Keisha Laila #IVF #Pantang #PKP #Pregnant #Abil
;