Laman Utama
“2 Malam Lalu Sebelum Tidur Saya Menangis Dalam Gelap" - Nana Sheme
Penyanyi Nana Sheme mengaku dia menangis selama dua malam disebabkan menonton video pencipta kandungan TikTok, Abang Tesla yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dimadukan.
Nana menerusi laman Instastory miliknya berkata tangisannya turut didengari oleh suaminya yang juga meluahkan rasa berang dengan perkongsian video lelaki tersebut.
“Dua malam lalu sebelum tidur saya menangis senyap-senyap dalam gelap, tengok video Abang Tesla (poligami). Walaupun tak dapat relate tapi timbul rasa sedih bila tengok isteri pertama itu menangis.
“Suami saya dengar saya menangis dan terus slow talk. Dia benar-benar marah dengan video itu kerana banyak sebab. Dia ajak duduk dan doa sama-sama supaya Allah jaga rumah tangga kami,” katanya.
Pada perkongsian yang sama juga, Nana melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa memahami dan menyayanginya.
“Syukur saya dapat suami macam awak. Stay like this okay? Love you always,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.
Ramai memberikan respon negatif terhadap tindakannya itu, dan tidak kurang ada juga yang kecewa kerana Abang Tesla menjadikan kisahnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua sebagai kandungan media sosial.
Untuk info, Nana selemat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya iaitu Zikri Zakaria pada 22 Oktober tahun lalu.
BACA SINI: Abang Tesla Minta Maaf Pada Kaum Lelaki
Must-Watch Video