Seramai 20 jemaah umrah terbunuh sementara puluhan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas melanggar jambatan di Arab Saudi.
Media-media tempatan melaporkan, insiden berkenaan berlaku di sebuah daerah di wilayah selatan ketika bas berkenaan dalam perjalanan membawa jemaah ke Mekah.
Menurut laporan portal berita Arab News yang memetik stesen televisyen El-Ekhbariya, kemalangan itu berlaku sekitar pukul 4 petang di Aqabat Shaar
Mengikut maklumat awal yang diterima, jumlah kematian kemalangan ini mencecah 20 orang dan jumlah kecederaan kira-kira 29 orang," kata El-Ekhbariya, saluran televisyen kerajaan.
Berdasarkan laporan pihak berkuasa, kemalangan berpunca akibat brek bas berkenaan yang bermasalah sehingga menyebabkan berlanggar jambatan, terbalik sebelum terbakar.
Laporan itu memaklumkan kemalangan berpunca bas mengalami masalah tanpa menyatakan secara terperinci.
Kemalangan merupakan cabaran berterusan untuk membawa jemaah secara besar-besar dengan selamat ke Mekah dan Madinah iaitu dua bandar paling suci umat Islam yang terletak di Arab Saudi.
Insiden berkenaan berlaku pada minggu pertama Ramadan ketika jutaan umat Islam sedang memberikan tumpuan pada ibadah umrah iaitu hanya beberapa bulan sahaja lagi sebelum jutaan jemaah menunaikan haji iaitu rukun Islam kelima. -AWANI
Maliah Surip
Tue Mar 28 2023


Peraduan Gempak Most Wanted

Lelaki Diseksa, Sapu Minyak Panas Pada Alat Kemaluan Sampai Kencing Berdarah Kerana Hubungan Tak DiRestui
Mimpi ngeri hubungan cinta tak direstui keluarga.

Firasat Ibu Kuat, Pelakon Ditemui Mati Ditanam Belakang Rumah Lepas 5 Bulan Hilang
Misteri kehilangan pelakon drama akhirnya terjawab.

#OhAbeNik: Sempoi, Stailo 'Malas-Malas'! Ini Gaya OOTD Mudah Ala Bintang Hollywood Dengan Adidas Samba OG
Apa sebab korang perlu stick dengan Adidas Samba OG?

#PE3: Lakonan Jahat Sharnaaz Ahmad ‘Pukau’ Penonton, Jom Kita Throwback Watak ‘Villain’ Dalam Polis Evo 1 & 2
Mantah boh!

5 Cara Mudah Hilangkan Bulu Badan Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah... Nombor 5 Tu Memang Mantap!
Shhh, ini rahsia kita

Tak Sampai Dua Tahun, Khidmat Bapa Anzalna Nasir Sebagai CEO Finas Ditamatkan
Profesor Dr. Md Nasir menerima bayaran sebulan gaji bagi menggantikan notis.

"Ni Neraka Namanya!"- Tak Tahan Panas, Michael Ang Tanya Bila Nak Winter
Michael Ang Tanya Bila Nak Winter?

#GempakMostWanted: Kawan Anak Buat Group WhatsApp Puji Ijoy Handsome, Amir Ahnaf Masih #1 Dalam Carta? Semak Apa Best Minggu Ni!
Pecah perut gelak bila ada family Sheira Ijoy ni!

Ke Tepi Robert De Niro, Al Pacino Bakal Dapat Anak Pada Usia 82 Tahun!
Hebatnya!