Skip to main content

Hiburan

"Saya Menangis Kerana Ketika Itu..." - Aina Abdul

"Saya Menangis Kerana Ketika Itu..." - Aina Abdul

Sekilas

  • Aina Abdul mengakui sebak selepas menamatkan saingan di Eurovision Song Contest Asia 2026 kerana risau mengecewakan ramai pihak.
  • Dia memilih lagu Bluest Sky yang mencerminkan identiti seni sendiri walaupun sedar ia bukan pilihan terbaik untuk pertandingan.
  • Aina menamatkan saingan di tempat keempat dengan 152 markah, manakala juara dimenangi penyanyi Filipina, Carmelle.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengakui tidak dapat menahan sebak selepas menamatkan saingan dalam pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026 kerana menyangka dirinya sudah mengecewakan ramai pihak.

Menurut Aina, perasaan tersebut timbul apabila dia mula memikirkan pelbagai reaksi yang bakal diterima susulan keputusan pertandingan tersebut.

Advertisement

“Saya sebenarnya tidak sangka akan melalui pengalaman sebegitu selepas pertandingan berakhir. Saya menangis kerana ketika itu, saya merasakan seolah-olah sudah gagal.

“Saya tahu nama saya ini, menang salah, tidak menang pun salah. Ada ramai yang memberikan sokongan, tetapi pada masa sama, tidak kurang juga yang gemar mengkritik saya.

“Jadi, ketika itu saya terfikir mungkin ramai yang gembira melihat saya kalah. Itulah yang bermain dalam fikiran saya ketika itu,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Dalam pada itu, Aina menjelaskan dia sedar pemilihan lagu Bluest Sky bukanlah satu keputusan yang mampu memenuhi cita rasa semua pihak.

Bagaimanapun, bagi Aina sebagai seorang anak seni dia mahu membawa karya yang benar-benar mencerminkan dirinya sebagai seorang penyanyi dan komposer, berbanding menghasilkan karya semata-mata untuk memenuhi kehendak pertandingan.

“Saya tahu apabila mempertaruhkan Bluest Sky, lagu itu bukanlah pilihan yang boleh diterima semua orang. Malah, mungkin ia bukan formula terbaik untuk bersaing di pentas Eurovision.

“Namun, saya memilih untuk membawa identiti sendiri. Itulah diri saya dan lagu yang hadir dalam perjalanan seni saya ketika itu. Saya percaya itulah keputusan terbaik yang boleh dibuat.

“Dalam pertandingan, adatnya ada menang dan kalah. Saya juga gembira melihat rakan-rakan dari negara Asia lain yang memperoleh kedudukan lebih tinggi. Itu rezeki mereka dan kita tidak boleh mempersoalkan rezeki masing-masing,” ujarnya.

Untuk rekod, Aina menamatkan saingan Eurovision Song Contest Asia 2026 di kedudukan keempat daripada 11 negara peserta selepas mengumpul sebanyak 152 markah.

Penyanyi Filipina, Carmelle muncul juara menerusi lagu Sobra-Sobra dengan 211 markah, diikuti wakil tuan rumah, duo MANG x DAOU di tempat kedua dengan 170 markah.

Tempat ketiga pula menjadi milik penyanyi Vietnam, Tóc Tiên yang memperoleh 164 markah.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement