Hiburan

"2017 Tahun Kejatuhan Saya" - Saharul Ridzwan

gempak
Zulaikha Yusof
03/07/2020
07:36 MYT
Sponsor Banner
"2017 Tahun Kejatuhan Saya" - Saharul Ridzwan
Aktor Saharul Ridzwan, 31, mendedahkan dia pernah mengalami masalah kewangan pada tahun 2017.
Menurut Saharul, semua itu berpunca dari kesilapan dirinya yang tidak menyimpan sumber pendapatan yang diperolehi.
"Pada tahun 2017, selepas Deena melahirkan Ali saya ada masalah kewangan. Kalau korang ada terbaca artikel-artikel saya jual koleksi peribadi, saya bawa RM30 sehari, benda itu betul.
"Pada tahun itu, saya anggap itu tahun kejatuhan saya. Silap saya juga. Waktu banyak sumber pendapatan datang, kita tak beringat.
"Takda simpanan, tak tahu nak salurkan ke mana, kita habiskan kat benda-benda yang tak perlu.
"Jadi pada waktu itu saya banyak pinjam duit dengan kawan-kawan. Banyak..banyak juga," katanya menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG).
Tambah Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim akui kehadiran anak lelakinya, Muhammad Luth Ali mengubah corak kehidupannya.
"Pada tahun 2018, bila tengok Ali semakin membesar saya set dalam diri saya itu adalah 'big why' saya.
"Kita perlukan 'big why' kenapa? Sebab itu lah yang mencorakkan hidup kita, akan buat kita rasa 'struggle to strike the best' pada masa hadapan.
"Jadi selepas Ali saya rasa hidup saya berubah betul. Saya dah mula menyimpan, saya mula fikirkan apa masa depan saya. Adakah dengan berlakon semata-mata?
"Jadi pada tahun 2019 saya keluarkan produk. Saya rasa itu adalah waktu terbaik di mana saya ada lagi seorang anak," katanya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama 30 Pesanan Suara itu menyatakan Fizo Omar adalah individu yang ada di sisi selain banyak membantu.
"Semua orang ada zaman kejatuhan. Saya tak malu. Saya tak malu nak kongsi dengan korang. Saya pernah pinjam duit kawan saya semata-mata untuk makan.
"Fizo ada waktu tu. Saya jumpa dengan dia saya cakap macam mana nak memperbaiki hidup?
"Semua hutang-hutang saya dah selesai. Hutang dengan bank ja belum. Alhamdululillah. Saya anggap itu adalah pencapaian terbaik bagi saya," kata Saharul.
Saharul dan Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra .
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live