Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

2NE1 Bakal Comeback, YG Entertainment Kongsi Perancangan Konsert Jelajah Dunia Sepanjang 2024 & 2025

Gempak
22/07/2024 14:55 MYT
Selepas lapan tahun ‘dibubarkan’, kumpulan K-Pop 2NE1 diumum telah ‘kembali’ ke pangkuan agensi YG Entertainment dengan perkhabaran comeback, selain konsert jelajah dunia yang dijangka bermula Oktober ini.

Hal tersebut dikongsikan oleh YG Entertainment menerusi klip video pengumuman khas yang dimuat naik di laman Youtube.

Menerusi perkongsi berkenaan, pengasas YG Entertainment Yang Hyun Suk secara peribadi berkongsi perancangan agensi berkenaan untuk kumpulan yang dianggotai oleh CL, Park Bom, Dara dan Minzy itu.

Comeback

Bercakap tentang reunion 15 tahun selepas debut, kumpulan ikonik itu bakal kembali bersama untuk jelajah konsert global yang dikatakan akan bermula di Seoul, Korea Selatan, pada Oktober tahun ini.


Jelajah itu seterusnya akan membawa 2NE1 ke Osaka, Jepun, pada akhir November dan Tokyo pada Disember sebelum diteruskan hingga 2025.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Selebriti Wanita Ke-3 Terkaya Dengan Aset RM97 Juta, Dara Pernah Beli Kasut Berharga RM65,000!

ARTIKEL BERKAITAN: #OhDaebak: Ingat CL Je, Rupanya Siap Reunion! I Am The Best! 2NE1 Buat Kejutan, Muncul Di Coachella!

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat Kontrak, Sandara Pilih Tinggalkan YG Entertainment Selepas 17 Tahun

ARTIKEL BERKAITAN: CL Tertekan Diminta Lakukan Pembedahan Plastik Kerana 'Tak Cukup Cantik'

ARTIKEL BERKAITAN: 2NE1 Bakal Kembali? Ini Jawapan Minzy- “Kami Sedang Rancang...”


Pada Jun lalu, YG Entertainment mendedahkan bahawa penerbit eksekutif YG, Yang Hyun Suk, telah mengadakan pertemuan bersama anggota 2NE1.

Menurut YG Entertainment, Yang Hyun Suk telah mengadakan ‘perbualan yang sangat bermakna’ ketika bertemu dengan CL, Park Bom, Dara dan Minzy tersebut.

Kongsi YG Entertainment, perbualan berkenaan merupakan perbualan pertama produser Yang Hyun Suk dan anggota 2NE1 dalam tempoh lapan tahun, dengan 2NE1 merayakan ulang tahun ke-15 pada 6 Mei lalu.

Untuk rekod, 2NE1 dibubarkan menerusi satu pengumuman yang dibuat YG Entertainment pada November 2016.

Antara lagu-lagu yang dipopularkan oleh 2NE1 termasuklah I’m The Best, Go Away dan Lonely.

Sumber: Youtube

#2NE1 #CL #Dara #YG Entertainment #Park Bom #Minzy