Boleh bayang tak macam mana perasan peminat bila dapat tengok kembali persembahan kumpulan 2NE1 secara langsung di depan mata?

Dudeeeeeee! Memang terkejutlah jawabnya! Selepas enam tahun menaruh harapan akhirnya CL, Sandara, Park Bom dan Minzy muncul kembali untuk membuat persembahan sebagai 2NE1.

Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya kumpulan lagend ini telah pun dibubarkan secara rasmi pada tahun 2016.

Disebabkan itu jugalah persembahan 2NE1 di Coachella 2022 ini amat bermakna buat peminat mereka yang digelar Blackjack.

#OhDaebak juga memahami perasaan peminat yang begitu gembira sehingga tiada kata-kata yang dapat diungkapkan oleh Blackjack sebaik melihat keempat-empat mereka muncul di pentas tersebut.

Pada mulanya hanya CL sahaja yang membuat persembahan di festival muzik itu sebagai sebahagian daripada artis 88 rising, Heads In The Clouds Forever.

Bagaimanapun usai persembahan tiba-tiba pentas digelapkan dan tidak lama kemudian muncul lagu ikonik 2NE1 iaitu I Am The Best.

A post shared by CL (@chaelincl)

Memang terkejutlah peminat dibuatnya! #OhDaebak difahamkan tidak ada seorang pun yang menyangka 2NE1 akan muncul bersama di festival muzik itu.

Sudah tentu Coachella 2022 ini menjadi kenangan yang sangat manis buat Blackjack. Ini juga sebagai bukti bahawa persahatan antara CL, Park Bom, Sandara dan Minzy masih utuh.

Bak kata orang memang layak digelar BFF (best friend forever) dan bagi yang mengikuti perjalanan 2NE1 pasti mengetahui tahap keakraban hubungan mereka walaupun selepas kumpulan itu dibubarkan.

Teringat pula persembahan hebat sewaktu zaman kegemilangan mereka suatu ketika dahulu. Sebab itulah 2NE1 digelar sebagai K-Pop Queen di Korea hingga kini.

Terima kasih 2NE1 kerana memberikan kegembiraan dan memori indah buat Blackjack. Sungguh terubat rindu dengan persembahan mereka walaupun hanya seketika.

CL, Sandara, Park Bom dan Minzy, semoga kekal bersahabat sampai bila-bila.

Lah tiba-tiba emosi pula kan. Apa-apa pun #OhDaebak nak ucapkan all the best to 2NE1 dalam kerjaya solo masing-masing.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys