,
Hiburan

3 Pelajar UiTM Dungun Maut: 'Saya Sudah Tiada Anak Lelaki' - Bapa Mangsa

Ernalisa
10/10/2024
04:55 MYT
"Saya dah tak ada anak lelaki selepas kedua-duanya meninggal dunia akibat kemalangan".
Demikian kata Jamaludin Hussin, 53, bapa kepada Khairil Anwar, 20, seorang daripada tiga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun yang maut dalam kemalangan di Kampung Sura Hujung, di sini, malam tadi.
Selain Khairil Anwar, anak sulung Jamaludin, Muhammad Khairul Izzudin juga meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Senawang, Negeri Sembilan tujuh tahun lalu.
"Anak sulung saya dijemput Ilahi pada 3 Oktober 2017 dan kini anak bongsu (Khairil Anwar) pula pada 9 Oktober (semalam).
"Saya tak sangka kejadian menimpa anak sulung saya 'berulang' dan kali ini menimpa anak bongsu pula... kini, kedua-dua anak lelaki saya sudah tiada akibat kemalangan pada bulan yang sama," katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Dungun pada Khamis.
Terdahulu, media melaporkan tiga pelajar UiTM Dungun maut, manakala seorang parah selepas terbabit kemalangan di hadapan universiti berkenaan malam tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 7.20 malam, empat pelajar yang menunggang dua motosikal dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV yang dipandu seorang wanita.
Selain Khairil Anwar yang juga penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, dua lagi yang terkorban adalah Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20 dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, masing-masing penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan.
Selain itu, rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, 20, parah. Dalam pada itu, Jamaludin berkata dia menerima panggilan daripada salah seorang kakitangan UiTM kira-kira jam 9 malam sebelum bergegas ke Dungun dan tiba jam 3.30 pagi.
Katanya, kali terakhir dia dan isteri, Norma Mohammed Nor, 52, bertemu anak bongsu daripada lima beradik itu pada 6 Oktober lalu ketika menghantarnya ke Dungun untuk memulakan semester baharu.
"Kami ke sini pada 4 Oktober dan balik ke Ampang pada 6 Oktober lalu dan memang terkejut apabila menerima berita ini," katanya.
Jenazah Khairil Anwar dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.
SUMBER:Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dr Zulkifli Al-Bakri Nasihat Pasangan Bercerai Elak Buka Aib - “Jangan Cederakan Emosi Anak”

gempak
09/10/2024
03:55 MYT
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.
Hiburan

Comelnya! Kongsi Foto Lengkap Famili, Netizen Doakan Rumah Tangga Zahirah Macwilson & Aiman Hakim - “Couple Ni Harap Kekal Sampai Syurga”

gempak
08/10/2024
13:55 MYT
Pasangan selebriti popular Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza mencuri tumpuan ramai di media sosial.
Hiburan

"Hak Penjagaan Kami Akan Rekodkan Di Mahkamah Tinggi Syariah" - Peguam Fazura

gempak
08/10/2024
09:25 MYT
Peguam mewakili aktres Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan bakal memfailkan kes baru berkaitan hak penjagaan anak antara pelakon itu dengan bekas suami, Fattah Amin di Mahkamah Tinggi Syariah.
Hiburan

Lana Nodin Nasihat Fazura Jangan Buka Aib, Takut Efek Anak - “Esok Budak Tu Dah Besar, Tengok Malu Saja”

gempak
08/10/2024
06:55 MYT
Pelakon, Lana Nodin menasihatkan aktres Nur Fazura supaya tidak terus bercerita hal buruk mengenai bekas suaminya, aktor Fattah Amin.
Hiburan

Dedah Wajah Baby Boy, Bulu Mata Anak Fatin Afeefa Jadi Bualan Netizen - “Handsomenya Dia, Eyelashes Lentik Macam Mommy”

gempak
07/10/2024
16:00 MYT
Pelakon, Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak lelaki mereka di sebuah majlis Aqiqah.
BorakSeeni