Saluran Astro Aura HD (113) menawarkan variasi kandungan hiburan popular yang memberikan fokus kepada program berkonsepkan genre muzik terutamanya irama dangdut menerusi program variasi, sinetron dan sebagainya.

Khas untuk hiburan anda semua, Astro Aura HD menyajikan program menarik seperti Liga Dangdut 2020 peminat muzik dangdut di luar sana!

Disiarkan pada setiap Isnin hingga Ahad jam 10 malam hingga 12 tengah malam, kami berikan tiga sebab mengapa anda perlu menonton Liga Dangdut 2020!

Mana dia penggemar dangdut. Kalau korang terfikir kat mana la nak tengok rancangan yang ada irama dangdut ni, admin nak korang layan Astro Aura. Kita goyang yukk. . Saksikan saluran baru Astro Rania HD (CH 112) dan Astro Aura HD (CH 113) istimewa untuk semua pelanggan Astro bermula 23 Mei 2020! Duduk rumah dan jangan keluar kalau tak perlu. Kita belum menang! Stay safe, stay home, stay entertained. #AstroRania #AstroAura #gempak #astrogempak #SeindahSenyuman #EratkanJalinan #COVID19 #HapusCOVID19 #Kekaltenang #DudukRumah #StayHome #BePositiveStayNegative

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on



1. Hos yang gempak
Diacarakan oleh Gilang Dirga, Irfan Hakim, Ramzi, Tiara Ramadhani dan Jirayut Afisan, pastinya keletah mereka membuatkan anda tidak kering gusi dan terus melekat di kaca televisyen!

2. Juri yang sempoi
Juri-juri Liga Dangdut Indonesia pula bukan kaleng-kaleng! Barisan nama popular dalam dunia dangdut seperti Soimah Pancawati, Dewi Perssik, Inul Daratista, Nassar, Zaskia Gotik, Nita Thalia, Elvi Sukaesih, Fildan Rahayu, Reza Zakarya, Lesti Andryani, Weni Wahyuni, Muhammad Irsyad Basir, Caren Delano, Diana Putri, Eko Tjandra, Fomalhaut Zamel dan Maya Ratih bakal menghangatkan malam-malam anda!

3. Peserta yang kompetitif!
Sudah pastinya peserta-peserta Liga Dangdut 2020 yang kompetetif menjadi sebab mengapa anda harus menonton rancangan ini! Bermula dari sesi ujibakat yang telah diwarnai dengan pelbagai keletah peserta dan persaingan mingguan yang mampu membuatkan anda melekat untuk kekal menonton Liga Dangdut 2020!

Jangan lupa saksikan Liga Dangdut 2020 setiap Isnin hingga Ahad jam 10 malam hingga 12 tengah malam di Astro Aura HD (saluran 113).

Sebagai pengenalan dan tanda penghargaan sempena musim perayaan Aidilfitri, akses pratonton komplimentari untuk saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD ini juga akan dibuka istimewa buat kesemua pelanggan Astro mulai 23 Mei hingga 30 Jun 2020.

Untuk pilihan yang fleksibel, ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘On Demand’.