Berita

“3 Tahun Aku Tunggu, Meraung Dalam Tidur…”- Anak Baru 6 Bulan, Ika Nabella Dah Idam 6 Cahaya Mata Dalam Keluarga

Syafiqah Jalal
04/05/2020
05:19 MYT
Pelakon Ika Nabella akui enam bulan selepas menimang cahaya mata kehidupannya bertambah bahagia dan menakjubkan.
Menurut Ika penantiannya selama tiga tahun berbaloi selepas dikurniakan seorang putera Muhammad Noah Zayn.
“6 bulan paling wow dalam hidup aku. 3 tahun aku tunggu, bertahun aku tumpang kasih sayang. Menangis rindu hak orang. Meraung dalam tidur. Macam macam aku cuba. Dia Maha Mengetahui,” tulisnya.
Ika berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambah Ika dia berharap selepas ini dia dan suami dapat menimang cahaya mata lagi bagi memeriahkan keluarga mereka.
“Aku tak nak sunyi lagi kalau diizinkan aku nak lebih meriah lagi. 4,5,6 (orang anak).
“Sekarang aku happy bila ada yg kejutkan aku tengah malam senyum sengih berborak dengan bahasa yang aku tak faham tapi aku mengerti. Indah.
“Bahagia bila ada yang hi-5 kt pipi lepas tu senyum nampak gusi heeeee.. Harta dunia dan akhirat aku ni.
“Tak pernah dalam hidup aku tahu jenis-jenis najis, kira berapa kali orang berak, berapa banyak orang makan berapa jam orang tidur. Segala galanya untuk anakku,” katanya lagi.
Ika juga berharap kepada yang masih menanti kehdarian cahaya mata dalam rumah tangga mereka diharap terus bersabar dan berdoa.
“Aku doakan kalian yang tengah sabar terus sabar dan akhirnya dapat hadiah an sihat sempurna bila tiba masanya.
Aku faham. Aku pernah ada kt tempat kalian. 3 tahun terasa 30 tahun. Terus kuat ok.?” Katanya lagi.
Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.
Pasangan ini menerima cahaya mata lelaki pada 23 Oktober tahun lalu.

6 bulan paling wow dalam hidup aku. 3 tahun aku tunggu, bertahun aku tumpang kasih sayang. Menangis rindu hak orang. Meraung dalam tidur. Macam macam aku cuba. Dia Maha Mengetahui. Aku tak nak sunyi lagi kalau diizinkan aku nk lebih meriah lagi. 4,5,6. Sekarang Aku happy bila ada yg kejutkan aku tengah malam senyum sengih berborak dgn bahasa yg aku tak faham tapi aku mengerti. Indah. Bahagia bila ada yg hi-5 kt pipi lepas tu senyum nampak gusi heeeee.. Harta dunia & akhirat aku ni. Tak pernah dalam hidup aku tahu jenis2 najis, kira berapa kali orang berak, berapa banyak orang makan berapa jam orang tidur. Segala galanya utk @muhammadnoahzayn InsyaAllah asbab aku utk tempat kt sana nnt. Aku doakan kalian yg tengah sabar terus sabar & akhirnya dapat hadiah yg sihat sempurna bila tiba masanya. Aku faham. Aku pernah ada kt tempat kalian. 3 tahun terasa 30 tahun. Terus kuat ok.?

A post shared by meet - I K A N A B E L L A (@ikanabella) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Berita

Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

gempak
22/07/2024
05:45 MYT
Seorang kanak-kanak dan bapanya terbunuh dirempuh keretapi apabila kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa berusia dua tahun itu terjatuh di landasan stesen Carlton di selatan Sydney, pada Ahad.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.