Selepas 4 bulan membuat keputusan untuk 'berehat' seketika daripada Instagram, personaliti media sosial, Faizdickie, akhirnya membuat kemunculan semula.

Faizdickie atau nama sebenarnya, Nasrul Faiz Abu Azal berkata, sepanjang tempoh tersebut, dia sebenarnya membuat keputusan untuk melakukan transformasi pada dirinya.

Katanya, pada awalnya, dia tidak mempunyai keinginan untuk kurus, namun, keadaan mula memaksa apabila berasa tertekan apabila badannya mula mencecah berat sehingga 105 kilogram (kg).

"Pasa satu ketika saya tertekan, menjauhkan diri daripada masyarakat, rasa insecure dan hilang keyakinan diri. Saya percaya ini adalah petunjuk bahawa kesihatan mental saya terganggu dan merasakan saya perlu untuk berasa gembira semula.

"Saya buat keputusan untuk lakukan sesuatu. Keluarga dan kawan rapat pula tak henti-henti beri sokongan dan dalam empat bulan, Alhamdulillah, berat saya sekarang 79kg. Saya dah hilang hampir 25kg," katanya.



Menerusi satu hantaran di Instagram, Faizdickie turut berkongsi satu video yang memaparkan tranformasi dirinya.

A post shared by Faizdickie (@faizdickievp) on


Katanya, dia mengakui masalah berat badan yang dialaminya sebelum ini adalah disebabkan kegagalannya menjalani rutin kehidupan sihat.

"Saya tak jaga kesihatan, tak bersenam, makan melebih-lebih dan natijahnya, saya naik berat badan. Pernah cecah 105 kg paling berat ketika itu.

"Masa ni saya makin jadi tak gembira, bila tak gembira saya stres, bila stres saya makan dan berterusan begitu kitarannya," katanya.



Jelasnya lagi, komen-komen kritikan mengenai bentuk badannya juga menjadikan pembakar semangat buatnya untuk menguruskan badan.

"Percayalah, walaupun ada 10,000 komen yang murni, kau terbaca satu komen kejam ‘GEMUK MACAM BABI’ - sentap wei!

"Ia benar-benar memberi kesan kepada saya. Akhirnya , faktor luaran dan dalaman ni membuatkan saya stres and sangat tidak gembira," ceritanya.



Apapun, di ruangan komen, rata-rata terkejut dengan transformasi kemunculan semula yang dilakukannya.



Faizdickie merupakan instafamous yang popular dengan video-video lawak menerusi karakter Sarabanon, Kak Leha dan Nurse Puaka.

Faizdickie juga pernah diangkat sebagai Personaliti Media Sosial Popular, Anugerah Bintang Popular 2014.