Masih belum terlambat untuk anda mengajak anak-anak anda menonton Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends!

Masih lagi ditayangkan di Astro First (480), Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends antara filem terkini yang wajib tonton.

Tapi sebelum menonton, apa kata anda semak dahulu 5 fakta tentang Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends ini.

1. Konsert ketiga

Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends ini merupakan siri ketiga konsert animasi popular Didi & Friends.

Sebelum ini, konsert sama pernah ditayangkan di panggung wayang pada 2018 dan secara live pada 2019.

2. Siapa pemilik suara Didi?

Adik Nur Insyeerah atau lebih dikenali sebagai Nurin menjadi suara latar bagi watak animasi popular Didi.

Kalau nak tahu, Nurin sudah terlibat dengan Didi & Friends sejak dari zaman sekolah rendah lagi.

Nak tahu macam mana Nurin jaga suara?

BACA: Tak Pantang Makan Atau Minum Ais, Ini Rahsia Pemilik Suara Karakter Diri

3. Hael Husaini dalam karakter animasi

Ini merupakan kali pertama penyanyi popular Hael Husaini terbabit dalam animasi.

Dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends, Hael melakonkan watak sebagai serigala yang pandai menyanyi.

BACA: Handsomenya Hael Husaini Jadi Serigala Dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends Ni!

4. Penyanyi terkenal

Selain Hael, Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends turut melibatkan beberapa penyanyi terkenal antaranya Yuna dan Altimet.

Nak tahu apa karakter mereka, anda kenalah tengok!

5. Datuk Seri Siti Nurhaliza pun pernah ada

Kalau nak tahu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pun pernah menyertai Konsert Hora Horey Didi & Friends pada tahun 2018.

Pada masa sama, konsert itu turut disertai Tomok dan karakter Omar & Hana.

Selain itu, Izzue Islam pun pernah menjadi sebahagian daripada Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends pada tahun 2019.

Konsert yang berlangsung di Quill Convention Centre, Kuala Lumpur itu turut dibarisi Wakaka Crew dan Omar & Hana.



Pekan Hora Horey kembali ceria dengan kemunculan semua karakter popular dalam siri animasi Didi & Friends.

Namun, ada kisah di belakang pentas apabila Team Nakal yang terdiri daripada Boon, Roon dan Mummy cuba mengambil alih konsert itu.

Alamak! Apa akan jadi ni?

Jom sama-sama menonton Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends mulai 25 Februari di Astro First (480).

Untuk melanggan sila ke saluran 480 dan anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15 anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang. Memang puas hati!