Laman Utama

Handsomenya Hael Husaini Jadi Serigala Dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends Ni!

Amri Hassan
04/03/2021
01:55 MYT
Sentiasa mengagumi siri animasi Didi & Friends, penyanyi popular Hael Husaini akui teruja dapat bekerjasama menerusi Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends.
Kata Hael, dia bersetuju untuk tampil sebagai salah satu karakter comel dalam siri animasi itu sebagai membalas jasa Didi & Friends membantunya memberikan edutainment buat anaknya, Nur Helena.
"Saya berpeluang untuk menyanyi, menerbitkan dan menjadi serigala animasi dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends ini.
"Sudah lama saya nak bekerjasama dengan Didi & Friends dan niat itu akhirnya ditunaikan untuk projek ini.
"Kita tahu Didi & Friends menemani segenap waktu dan membantu dalam penjagaan anak-anak, jadi ini peluang terbaik untuk saya dan anak mendalami siri animasi ini.
"Jadi, menjadi sebahagian daripada keluarga Didi & Friends adalah pengalaman terbaik saya," kata Hael.
Pekan Hora Horey kembali ceria dengan kemunculan semua karakter popular dalam siri animasi Didi & Friends.
Namun, ada kisah di belakang pentas apabila Team Nakal yang terdiri daripada Boon, Roon dan Mummy cuba mengambil alih konsert itu.
Alamak! Apa akan jadi ni?
Jom sama-sama menonton Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends mulai 25 Februari di Astro First (480).
Untuk melanggan sila ke saluran 480 dan anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15 anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang. Memang puas hati!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

gempak
18/07/2024
11:55 MYT
Menurut Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 38, dia menyifatkan pembabitannya sebagai salah seorang juri adalah tertarik dengan konsep program yang mengetengahkan bakat baharu.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Cabaran Bermula, Ini Senarai Lagu Minggu Pertama Menanti 30 Peserta

gempak
16/07/2024
13:25 MYT
Membuka pentas minggu pertama dengan tema Tik & Tok, 30 peserta bakal berduet dalam menampilkan kehebatan masing-masing.
Hiburan

Hael Husaini, Putera Muhammad, Irfan Haris, Mawi Menanti Keberkatan Ramadan

gempak
05/03/2024
05:10 MYT
Apa kata artis sempena kedatangan Ramadan.
Hiburan

#GMWA23: Walkman, Avril Lavigne & Seluar Baggy Antara Kenangan Y2K Hael Husaini - “Rindunya Zaman Tu”

gempak
22/02/2024
09:55 MYT
Rindunya zaman dulu-dulu ek.