Hiburan
“5 Hari Dah Mak Di Hospital, 11 Bulan Dah Abang Pergi” - Ali Puteh Rindukan Ibu & Arwah Abam
Pelawak Ali Puteh meluahkan rasa rindu terhadap ibu, Sabariah Arshad dan abangnya, Allahyarham Abam Bocey.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, kata Ali, 31, sudah lima hari dia tidak bertemu dengan ibunya yang masih dirawat di hospital.
"Rindu saat ni, mak masih di hospital sekarang dan masih belum sedar dari tidur. Doakan semoga mak sembuh. Tak ada apa yang mampu, selain doa untuk mak kembali pulih.
"Lima hari dah mak di hospital dan kami belum dibenarkan melawat mak. Hampir 11 bulan dah abang pergi. Tengok gambar ini, terasa macam baru semalam kami semua bersama," tulisnya.
Biarpun diuji, Ali tabah dan menganggap ia sebagian daripada tanda sayangnya Allah agar dia sekeluarga terus istiqamah.
"Kuat ujian Allah pada kami. Tapi, saya percaya Allah uji tanda sayang. Semoga ada sinar buat keluarga kecil kami ini. Doakan ye," katanya.
Jumaat lalu, Ali memaklumkan ibunya telah dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang disebabkan serangan asma.
Ali berkata ibunya masih 'ditidurkan' kerana perlu berehat berikutan mengalami asma yang teruk dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kedimannya di Gombak, Selangor.
Must-Watch Video