WATCH
5 Tanda Brek Kereta Anda Perlu Ditukar
Kenderaan moden pada masa kini mungkin dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan dan bantuan pemandu yang canggih, namun semuannya tidak bermakna tanpa brek yang cekap.

Anda harus ingat bahawa sebuah kenderaan yang dipandu pada kelajuan tertentu membawa memomentum yang besar.
Jika momentum ini tidak dihentikan, kecelakaan pasti akan berlaku. Ini sebabnya mengapa brek adalah ciri keselamatan paling penting yang ada pada kenderaan anda.

Oleh itu, bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini, anda harus memastikan bahawa brek kereta sentiasa dalam keadaan terbaik.
Di sini kami senaraikan lima tanda brek anda perlu ditukar:
1. Kereta beralih ke kiri atau kanan ketika membrek – Situasi yang dikenali sebagai “pulling” ini terjadi akibat geseran yang tidak sama rata antara tayar kiri dan kanan. Ia terjadi apabila pad sudah haus, hos brek rosak atau salah satu angkup brek tersangkut.
2. Gegaran pada pedal atau stereng – Gegaran berpunca daripada cakera brek yang tidak sekata. Ini mungkin terjadi akibat haba melampau yang disebabkan oleh situasi pemanduan yang ekstrem.
3. Brek mengeluarkan bunyi – Jika terdapat bunyi setiap kali pedal brek ditekan, ini bermakna pad brek sudah haus sepenuhnya sehingga tiada lagi lapisan antara cakera dan angkup.
4. Pedal terasa lembut – Jika pedal brek terasa lebih lembut daripada biasa dan ‘terbenam’ dengan mudah, ia menunjukkan bahawa pad sudah haus, terdapat udara dalam talian brek atau bendalir brek bocor.
5. Pedal keras – Berlainan dengan situasi di atas, pedal brek akan menjadi keras apabila terdapat halangan dalam talian brek atau masalah dengan sistem vakum.
Must-Watch Video