Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

5,000 Polis, Dron Kawal Konsert Percuma Lady Gaga Yang Dibanjiri 2 Juta Penonton

Maliah Surip 05/05/2025 | 13:42 MYT
Lady Gaga berjaya menarik lebih 2.1 juta penonton hadir menyaksikan konsertnya yang dianjurkan secara percuma di Rio de Janeiro, Brazil, baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Lady Gaga Kembali Ke Singapura Selepas 13 Tahun! Satu-Satunya Destinasi Rantau Asia Untuk Konsert MAYHEM

BERITA TRENDING: Lady Gaga Mengaku Alami Fasa Psikosis: “Saya Tidak Dapat Membezakan…”

Konsert tersebut berlangsung di Pantai Copacabana telah dibiayai oleh pemerintah negara tersebut.
Ia menjadi konsert percuma pertama Gaga di negara itu. Demi keselamatan, kerajaan telah menggunakan khidmat 5,000 polis, dron dan kamera mengesan wajah untuk memastikan kelancaran konsert.
Gaga dilihat terharu dan memberi persembahan bertenaga pada konsert yang menyaksikan dirinya turut mengikut tema masyarakat tempatan termasuk memakai kostum bola sepak Brazil.
“Kalian telah menunggu saya. Menunggu saya lebih 10 tahun,” laung Gaga selepas kali terakhir membuat persembahan di Brazil pada tahun 2012.
Jutaan peminat diketahui telah mengembara daripada pelbagai daerah untuk menonton persembahan Gaga, lapor BBC.

BERITA TRENDING: “Sebenarnya Busana Itu Untuk Dinner Show, Namun…” – Rizman Ruzaini Kongsi Kronologi Kolaborasi Perdana Dengan Lady Gaga

Penyanyi tersebut antaranya menyanyikan lagu Alejandro, Poker Face, Abracadabra dan Bad Romance.
Kemunculan bintang berusia 39 tahun itu di Brazil juga bersempena dengan kempen jelajah album terbaharunya, Mayhem. Gaga sebelumnya melakukan dua siri konsert di Mexico, minggu lalu.
Selain Gaga, pesohor Madonna juga pernah mengadakan konsert secara percuma di lokasi sama pada tahun lalu atas jemputan negara itu.
#Penyanyi #Viral #Lady Gaga #Konsert #Polis #Percuma #Kawalan #Dron