TERKINI
Lady Gaga Mengaku Alami Fasa Psikosis: “Saya Tidak Dapat Membezakan…”
Lady Gaga mendedahkan mengalami masalah kesihatan mental yang cukup kronik sekitar lima tahun lalu sehingga berasa telah kehilangan dirinya sendiri.
Pendedahan itu dibuat sewaktu pemilik nama sebenar Stefani Germanotta menjadi tetamu podcast milik The New York Times, The Interview.
Penyanyi berusia 38 tahun itu juga menyifatkan pengalaman tersebut sebagai fasa psikosis (suatu keadaan seseorang individu mengalami kecelaruan fikiran yang mengakibatkan mereka tidak dapat membezakan di antara realiti dan fantasi).
“Lima tahun lalu saya mengalami psikosis. Saya tidak dapat membezakan realiti untuk sementara.
“Ia (fasa psikosis) telah mengambil kehidupan saya. Namun dengan kerja keras yang sangat lama, bertahun-tahun untuk sembuh, saya mendapatkan kehidupan saya semula,” dedah Gaga.
Pelantun Bad Romance itu juga mengaku dia menikmati fasa ketidak seimbangan hidupnya kerana masalah gangguan kesihatan mental bersama tunangnya, Michael Polanksy.
“Fasa itu sangat menyakitkan namun pada masa sama ia menjadi istimewa kerana saya bertemu Polanksy. Saya rasa selamat,” katanya lagi.
Meski kini terbuka berkongsi tentang masalah kesihatan mentalnya, Gaga menyifatkan ia sebagai topik yang sukar untuk dibincangkan.
“Saya rasa sukar untuk bercakap tentang isu ini dan tidak suka untuk memberi pendedahan tentangnya.
“Saya malu. Namun lama kelamaan saya rasa tidak ada yang perlu dimalukan. Saya tahu saya akan menjadi lebih sihat dan keluar daripada masalah ini. Saya lakukan (pulih) untuk saya dan saya bersyukur,” tambahnya lagi.
Must-Watch Video