gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aril Pilus Cabar Diri Anjurkan Konsert Muzik Kita!, Angkut Butterfingers, Nosstress & Monoloque - "Awalnya Agak Kabur Sebab Saya Juga Selebriti Tapi ..."
VIRAL
Sistem AI Kenderaan Elektrik Sangka Pemandu Mengantuk Kerana Saiz Mata Kecil
BERITA
Pemuda Taiwan Hilang Kaki Gara-Gara Tipu Insurans
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Lady Gaga Dedah Dirogol Hingga Hamil Oleh Seorang Penerbit

Maliah Surip
Maliah Surip
22/05/2021
04:48 MYT
Sponsor Banner
Lady Gaga Dedah Dirogol Hingga Hamil Oleh Seorang Penerbit
Perjalanan hidup bintang Hollywood Lady Gaga memang penuh liku. Terkini, penyanyi itu sambil menangis mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa rogol sewaktu usia 19 tahun.
Lebih memilukan, dia diperkosa oleh penerbit muziknya sehingga hamil!
Kepada Oprah Winfrey, pendedahan itu dibuat Gaga saat tampil dalam edisi dokumentari sempena bulan kesihatan mental, The Me You Can't See bersama hos sensasi itu dan Putera Harry.
Gaga mengaku peristiwa buruk tersebut membuatkan dirinya trauma, lapor BBC.com
"Saya 19 tahun, dan saya bekerja di bisnis ini. Ada seorang penerbit datang kepada saya dan memaksa saya 'melepaskan baju'.
"Saya menolak. Tapi mereka mengugut untuk membakar semua karya muzik. Kemudian mereka mendesak dan memaksa saya melakukannya (seks) sehingga akhirnya saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu," katanya sambil menangis.
"Orang yang memperkosa saya meninggalkan saya dalam kondisi hamil," tambahnya lagi.
Namun pelantun Poker Face itu tidak mendedahkan mengenai kehamilan dan identiti penerbit yang telah memperkosanya.
"Saya tidak mahu mengingatinya lagi dan tidak mahu melihat dia!"
Tetapi wanita yang kini berusia 35 tahun ini mengatakan peristiwa hitam itu telah membentuk siapa dirinya pada hari ini termasuk karier muzik yang sangat sukses.
Gaga pertama kali terbuka bercakap mengenai kesihatan mentalnya pada tahun 2014 selepas diperkosa dan menuangkan kisah itu di dalam lagu miliknya seperti Swine dan Till It Happens To You.
Penyakit kesihatannya kemudian masih menghantui sehingga pada tahun 2019 bintang A Star Is Born itu ditahan di hospital selain bertemu pakar psikiatri.
"Saya mengalami total breakdown dan berasa sakit seperti saat diperkosa dulu. Bila melakukan ujian seperti MRI, semuanya okay. Tapi badan saya mengingati semua kepedihan," katanya.
Dia menambah, saya memerlukan sehingga dua tahun untuk pulih, namun sesekali apabila terkena serangan, emosi dan fizikal saya akan sangat lemah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement