Hiburan
6 Hari di Youtube, Permata Cinta Aiman Tino Hampir 1.5 Juta Tontonan
Jika sebelum ini lagu Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino telah mencipta fenomena apabila ditonton lebih 27 juta kali, kini muzik video terbaru Permata Cinta juga telah mencipta sejarah tersendiri.
Muzik video rasmi yang dimuatnaik di laman YouTube enam hari lalu, telah ditonton hampir 1.5 juta kali dan trending di tempat kedua laman popular tersebut selepas Cartoon Hooligans.
Permata Cinta juga lagu hasil ciptaan komposer baharu Apit, dan mendapat sentuhan bapanya Yusri Ishak, 47, sebagai penulis lirik.
Jika 'Ku Rela dibenci' yang diberi sedikit elemen melodi 90-an berjaya memancing pendengar generasi muda, mampukah ‘Permata Cinta’ mengulangi kejayaan yang sama?
‘Rela Ku Benci’ juga bakal berentap pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31, 22 Januari ini.
Must-Watch Video