,
Terkini

7 Selebriti Berhijab Ini Percaya Pada Produk Mesra Wuduk, Boleh Bawa Solat Pagi Raya Tanpa Was-Was Katanya!

Amri Hassan
27/04/2022
04:54 MYT
Aidilfitri pasti diraikan lebih meriah tahun ini, ramai yang sudah membuat persiapan raya termasuk membeli alat solek untuk ditatarias pada Syawal nanti.
Golongan wanita pastinya tercari-cari produk mesra wuduk, yang memudahkan mereka mengoles solekan di wajah tanpa rasa was-was.
Tujuh selebriti, Zulin Aziz, Wan Sharmila, Sharifah Shahira, Zara Zya, Adira, Eyra Hazali, Alya Iman dan isteri kepada Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik juga antara yang mempercayai produk mesra wuduk, Nurraysa.
Kata pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli, produk terbabit mendapat kepercayaan bukan sahaja orang biasa tapi juga selebriti tempatan!
"Lebih 30 pempengaruh juga sudah menggunakannya dan mengesyorkan ramai memilih set panas ini. Kita mahu membantu lebih ramai wanita menginginkan set solekan asas yang sah solat dan mudah ditanggalkan," katanya.
Sempena lebaran kali ini, Nurraysa tampil dengan koleksi Hot Set menerusi dua rangkaian produk iaitu Glowing DD Moist Cake (DDMC) dan Magic Lipstick.
Kedua-duanya antara produk mesra wuduk paling laris dan punyai banyak kelebihan. Magic Lipstick pula diperkaya dengan ramuan minyak organik marula khusus buat golongan wanita yang mahu tampil berseri, yakin dan mampu membangkitkan mood menyenangkan selepas dua tahun tidak boleh beraya sakan kerana pandemik COVID-19.
"Biarpun kedua rangkaian produk itu sudah tujuh tahun di pasaran, ia antara yang terus laris dan mendapat permintaan tinggi. Malah lebih 500,000 set berkenaan sudah terjual sejak di pasaran pada tahun 2015.
"Kami mahu Syawal kali ini diraikan dengan bermakna dan penuh kesyukuran sekali gus pilihan semua wanita. Ia alat solekan mesra wuduk yang sah solat. Bahkan boleh dibawa solat di pagi raya. Ia set solekan kami gelar sebagai Halal Raya tanpa ragu-ragu. Yang tak pandai bersolek pun boleh jadi arif.
"Tentunya ia tidak merosakkan kulit, bersolek sepantas lima minit, kulit berseri dalam lima saat, mudah ditanggalkan. Ia juga dihasilkan tanpa silikon. Saya anggap raya akan lebih sempurna dan praktikal tanpa menggunakan masa lama dengan set panas ini," katanya.
Apa yang best?
Tambah Nur Aini, Glowing DD Moist Cake merangkumi produk tiga dalam satu menggabungkan bedak asas, penutup cela dan bedak dengan pelindung cahaya matahari SPF 50++.
"Ia dihadirkan dengan dua tona warna, kulit tidak bercapuk dan berminyak walaupun dibawah terik matahari. Kandungan dalamnya sendiri diperkayakan minyak Marula kaya omega, melembap kulit, dan anti penuaan. Tak ketinggalan ada khasiat minyak zaitun dan jojoba. Ia juga bersifat 'noncomedogenic' yang tidak menyumbatkan liang pori. Maklumat lanjut boleh diperoleh di https://nurraysa.com/kelebihan-glowing-dd-moist-cake/ ," katanya.
"Manakala Magic Lipstick tiada kandungan plumbum yang boleh menghitamkan bibir yang kerap memakai lipstik setiap hari. Malah, ia juga membantu melembapkan bibir dan membuatkan ia sentiasa segar serta cantik dengan senyuman.
"Lipstik ini juga boleh diguna sebagai pembayang mata dan pemerah pipi. Maklumat lanjut boleh diperoleh di https://nurraysa.com/magic-lipstick-new/," katanya.
Jenama ini mengamalkan sistem 'dropship' yang membantu golongan suri rumah jana pendapatan hanya dari rumah secara percuma dan model bisnes menembusi pasaran bukan hanya di Malaysia tetapi Singapura, Indonesia dan Brunei.
Setakat ini, sudah ada 32 'billboard' jenama itu menemani pengguna jalan raya di sepanjang lebuh raya dari Utara ke Selatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Hiburan

Atikah Rose Bukan Anak Saudara Adira - "Kami Cuma Sekampung"

gempak
12/11/2024
05:55 MYT
Penyanyi Adira mendedahkan bahawa finalis The Chosen One S2, Atikah Rose bukanlah anak saudaranya seperti yang disangka oleh netizen.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: “Apa Yang Dia Buat Tak Nampak Depan Kamera, Dari Kecil Hiburkan Kita”- Zuara Hargai Datuk AC Mizal, Siap Beri Anugerah Khas

gempak
11/11/2024
14:55 MYT
Kumpulan Zuara memberikan kejutan dengan memberikan penghargaan kepada hos Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) dengan Anugerah Khas ketika membuat persembahan.
Hiburan

“Saya Tiada Komen Tentang Poster” - Percaya Ada Alasan Kukuh, Adira Hormati Keputusan Stacy Tarik Diri Dari Konsert A Night With Sumandak Stars

gempak
09/11/2024
08:30 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi percaya bahawa rakan seindustrinya, Stacy, mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri daripada konsert A Night With Sumandak Stars.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Kiki Fateeha Raih Kedudukan Pertama & Eriq Fikri Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir

gempak
01/11/2024
15:14 MYT
The Chosen One 2024 minggu separuh akhir telah menyaksikan empat peserta layak ke minggu akhir.
Unitar