Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Maliah Surip
13/09/2024 04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.

BERITA TRENDING: ​“Saya Dan Fattah Okay, Kami Cuma Sibuk” - Fazura

Fazura, 40, membuat permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Berita perceraian Fazura dan Fattah itu disahkan oleh sumber yang enggan identitinya didedahkan.

“Betul (bercerai),” ujar sumber tersebut menerusi kiriman WhatsApp kepada Gempak.

Terdahulu keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura mula dihidu oleh peminat selepas keduanya sudah tidak lagi berkongsi foto bersama di laman sosial Instagram masing-masing.

Fattah pada awal Ogos menafikan berdepan masalah rumah tangga dan mengatakan hubungan suami isteri bersama Fazura berada dalam keadaan baik.

Pasangan selebriti yang dikurnai seorang cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya, 4, berkahwin pada 2017.

BERITA TRENDING: “Inilah Peneman Saya” - Keluarga Sentiasa No. 1, Fattah Amin Jadikan Foto Fazura & Fatima Sebagai Wallpaper Telefon Bimbit

BERITA TRENDING: ​Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet

BERITA TRENDING: ​Luah Rasa Risau Babak Tunggang Kuda, Fazura Nafi Berbadan Dua - “Saya Berdoa Setiap Hari Semoga Tak Jatuh”

#pelakon #Viral #Fattah Amin #Fazura #Kontroversi #cerai #Mahkamah
;