Penganjur konsert Dimash Quidaibergen Live di Malaysia, ACO MEDIA, Metalive World & AMM akhirnya mengumumkan tarikh baharu konsert yang dijadualkan berlangsung pada 19 November lalu.
BACA: Penyanyi Oktaf Tertinggi Dunia, Dimash Kudaibergen Singgah Malaysia Berkonsert November Ini!
Maklumnya menerusi kenyataan yang dihantar kepada Gempak, konsert Dimash Quidaibergen Live di Malaysia akan berlangsung 24 Jun 2023 di lokasi sama, Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
"Sebelum ini kami telah mengumumkan bahawa konsert yang sepatutnya berlangsung pada 19 November 2022 (Sabtu), terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Malaysia ke-15 (GE15).
"Justeru, pihak penganjur terpaksa menunda tarikh konsert berkenaan ke 24 Jun 2023 (Sabtu) yang akan berlangsung di Axiata Arena," tulis kenyataan terbabit.
Dimash, penyanyi berusia 28 tahun dari Kazakhstan yang membesar dalam keluarga muzik telah mula melakukan persembahan seawal usia 5 tahun.
Beliau mula berkecimpung dalam industri hiburan pada tahun 2010, dan pernah banyak kali menjuarai pertandingan menyanyi di peringkat antarabangsa dan mendapatkan popularitas di dunia internasional. Dimash kini juga dinobat sebagai penyanyi “harta seni negara” di Kazakhstan.
Dimash Qudaibergen, yang merupakan naib juara “Singer 2017” sebuah program realiti muzik anjuran Hunan TV dijangka akan mempersembahkan lagu opera dan lagu-lagu ikoniknya dengan lantunan vokal yang hebat kepada semua para peminatnya di Malaysia.
Jualan pra-tiket akan bermula pada 10 Disember 2022 (Sabtu) 12 Tengahari, yang akan memberi keutamaan kepada mereka yang telah membeli tiket sebelum ini. Link bagi pembelian tiket akan dihantar melalui emel kepada pembeli oleh pihak penganjur.
Jualan tiket kepada umum pula akan bermula pada 11th Disember 2022 (Ahad) 12 Tengahari menerusi ticket2u.com.my.
Kepada mereka yang telah membeli tiket sebelum ini, Ticket2U akan melakukan pembayaran balik kepada mereka. Pembeli akan menerima notis pembayaran balik oleh Ticket2U melalui emel dan proses pemulangan akan mengambil masa lebih 21 hari berkerja.
Harga tiket adalah seperti berikut:
VIP RM1288 | CAT 1 RM988 | CAT 2 RM788 | CAT 3 RM588| CAT 4 RM388
Anda boleh membeli tiket di https://www.ticket2u.com.my/
Amri Hassan
Sun Dec 04 2022


Sam Smith Dituduh Cuba Normalisasikan Budaya P*rnografi Melalui Video Klip?
Penyanyi Sam Smith baru merilis single terkininya, I'm Not Here To Make Friends.

Tertembak Kru Sampai Mati, Faktanya Alec Baldwin Sedang Bercakap Di Telefon
Aktor dan penerbit Alec Baldwin didakwa sedang bercakap di telefon sewaktu insiden tertembak mati kru di set penggambaran filem Rust di Mexico, Oktober tahun lalu.

"Letih Sampai Menangis..."- Ayda Jebat Turun 5kg Akui Penat & Tak Cukup Tidur
Ayda Jebat Turun Berat Badan

“Ni Bukan Tipu-Tipu Kan?” - Park Seo Joon Nak Datang Malaysia! Peminat Tak Sangka, Siap Ajak Lepak Minum
Okay yang ni memang tak sabar nak jumpa!

“Paling Indah, Kuala Lumpur Lokasi Pertama Konsert Saya” - Lepas 10 Tahun, Yura Yunita Tunai Janji Peminat
Alaaaa sweetnya Yura Yunita ni...

Netizen Tegur Penampilan Tak Cantik Macam Dulu, Mawar Karim : “Sekarang Ini Lebih Bersyukur, Tenang Sebab Duit Tak Habis Lesap”
Cantik je Mawar...
![[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…” [VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-25_2.png?ext=.png)
[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”
Sweet!

Rashidi Ishak Akhiri Zaman Duda, Selamat Bernikah Dengan Penerbit Drama Wan Hasliza?
Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza

Sedih Datang Bulan Ketika Tiba Di Makkah, Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah
Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah

"Gilalah! Nasi Lemak RM0.90 Sen..." - Ada Anggap Pak Mat Western Cafe Menipu
Tak masuk akal harganya!