Penyanyi, komposer dan multi-instrumentalis popular dari Kazakhstan, Dimash Kudaibergen mengumumkan bakal menjayakan konsert sulungnya, STRANGER, di Malaysia pada 19 November ini!
Dimash dijangka akan mempersembahkan lagu-lagu ikoniknya dengan lantunan vokal yang hebat kepada semua para peminatnya di Malaysia.
Penyanyi yang berupaya melantunkan suara dalam 13 bahasa di dunia itu mampu mengubah suara dengan nada paling tinggi. Tidak mustahillah, Dimash kini dianggap sebagai salah satu aset Kazakhstan.
Untuk rekod, Dimash, 28, merupakan naib juara program realiti muzik anjuran Hunan TV “Singer 2017”.
Dalam rancangan terbabit, Dimash memukau penonton menerusi lagu S.O.S.D'un teerien en detresse, antara lagu bahasa Perancis yang paling sukar dinyanyikan.
Malah, keunikan suaranya wiselnya dalam lagu Opera 2 menempatkan Dimash antara pemilik suara terbaik dunia.
Membesar dalam keluarga muzik seawal usia lima tahun, Dimash mulai serius pada tahun 2010 dan sangat popular di negara-negara seperti Eropah Timur, Asia Tengah, Rusia dan banyak lagi.
Lebih menarik, setiap kali memulakan persembahan, Dimash akan membuka panggung dengan ucapan 'Assalamualaikum' dan memperkenalkan negara asalnya kepada penonton!
Viral
Penyanyi Oktaf Tertinggi Di Dunia, Dimash Kudaibergen Singgah Malaysia Berkonsert November Ini!