Susulan peningkatan kes jangkitan Covid di Sabah, penyanyi Marsha Milan Londoh turut berasa bimbang dengan keadaan keluarga di kampung halamannya, di Tamparuli, Sabah.
Menurut Marsha, 35, dia sentiasa menghubungi ibu bapanya untuk mengetahui keadaan mereka di sana.
"Alhamdulillah, keluarga semua okay. Lagipun, di kampung cuma ada ibu, ayah dan sepupu sahaja yang tinggal di rumah.
"Jadi, kami sebagai anak selalu nasihat ibu bapa. Biasalah mereka dah biasa buat kerja di luar, pergi ladang dan sebagainya. Buat masa ini, mereka hanya keluar untuk beri ayam makan sahaja," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Marsha lagi, dia juga sering menasihati keluarganya untuk mengurangkan sebarang bentuk kontak fizikal dengan orang ramai.
"Adik-beradik saya pun sentiasa berhubung untuk tahu keadaan mereka. Mereka pun tak ada kontak fizikal dengan sesiapa.
"Keluarga pun tak ada keluar ke mana-mana. Gereja tutup dan aktiviti keagamaan dibuat menerusi media sosial sahaja," katanya.
Cerita Marsha lagi, sejak pandemik Covid-19, dia juga masih belum berpeluang untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga.
"Kali terakhir saya balik kampung awal tahun ini. Ikutkan ada perancangan nak balik sebelum kempen mengundi tempoh hari, tapi ada kekangan kerja, jadi tergendala.
"Ini dengar pula kes jangkitan Covid-19 di Sabah meningkat, tak sempat balik terus. Keluarga pun dah tanya sebab ada urusan keluarga tertangguh. Rasanya nak dekat 8 bulan saya tak balik," katanya yang sebelum ini muncul dengan lagu bahasa Dusun, Hiti Oku yang bermaksud Saya Di Sini.
Sabah kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 26 Oktober ini.
Terdahulu, Sabah terus mencatatkan peningkatan kes paling tinggi iaitu 673 kes baharu dilaporkan semalam (20 Oktober 2020).
BACA: COVID-19: 862 Kes Baharu, 3 Kematian; Sabah Catat Kes Tertinggi
ZULHILMI JALIL
Wed Oct 21 2020
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan