8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga
Gempak
26/07/2024 05:55 MYT
26/07/2024 05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Menerusi hantaran, MetMalaysia berkata, amaran Tahap 1 (berjaga-jaga) itu dikeluarkan bagi kawasan Larut dan Matang, Perak.
Menerusi hantaran, MetMalaysia berkata, amaran Tahap 1 (berjaga-jaga) itu dikeluarkan bagi kawasan Larut dan Matang, Perak.
Berjaga-jaga
Selain Larut dan Matang, dua kawasan lain turut mencatatkan suhu panas Tahap 1 iaitu di Gombak, Selangor dan Kuala Krai, Kelantan.
“Beberapa daerah di Pahang juga mencatatkan cuaca panas Tahap 1 hari ini iaitu di Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin.
“Tahap Berjaga-Jaga adalah suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Lantai Masjidil Haram Kekal Sejuk Walaupun Cuaca Sekitar Panas? Ini Sebabnya!
ARTIKEL BERKAITAN: Individu Ini Kunjungi 175 Pusat Beli-belah di Lembah Klang, Beri Rating Dari Terbaik Hingga Terburuk
ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca Teruk di China, DSV Terkandas di Lapangan Terbang!
ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca Panas Melampau, Doa Penduduk Kampung Pesagi Minta Hujan Dimakbulkan
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Dari Pahang Maut Kerana Strok Haba
Terdahulu, MetMalaysia melaporkan dua siklon tropika pada kategori taufan dan ribut tropika sedang aktif di timur laut Filipina dan Laut China Selatan berhampiran Pulau Hainan.
Tambahnya, keadaan itu menyebabkan cuaca di rantau negara menjadi lebih kering dan kurang hujan dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Tambahnya, keadaan itu menyebabkan cuaca di rantau negara menjadi lebih kering dan kurang hujan dalam tempoh beberapa hari akan datang.