,
Viral

Kenapa Lantai Masjidil Haram Kekal Sejuk Walaupun Cuaca Sekitar Panas? Ini Sebabnya!

Gempak
13/06/2024
02:55 MYT
Menerusi ramalan Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab, suhu di Mekah pada waktu ini adalah sekitar 45 darjah Celsius hingga 48 darjah Celsius - agak panas bagi jemaah haji yang sedang menunaikan rukun Islam yang kelima itu.
Kerajaan Arab Saudi juga memberi amaran bahawa suhu tersebut akan meningkat kepada 48 darjah Celsius, sehingga boleh menimbulkan ‘cabaran besar’ kepada musim haji tahun ini, yang akan bermula pada 14 Jun.
Uniknya, walaupun suhu di Mekah sangat panas, namun, lantai di Masjidil Haram, Mekah tidak turut memanas seperti cuaca dan keadaan sekitar.

Lantai sejuk

Masih timbul tanda tanya mengapakah lantai di sana tetap sejuk dan ‘nyaman’ untuk dipijak sungguhpun cuaca sekitar panas dengan matahari terik membahang?
Ramai yang beranggapan bahawa lantai yang sejuk adalah kerana terdapat pendingin hawa di bahagian bawah lantai. Namun, pendapat ini tidak benar sama sekali.
Memetik Saudi Gazette, Presidesi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci menjelaskan bahawa rahsia lantai Masjidil Haram kekal sejuk terletak pada bahan.
Bahan yang digunakan untuk membina lantai di Masjidil Haram adalah marmar Thassos yang diimport terus dari Greece.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Awal Zulhijah Terkandung Semua Ibadah, Hari Paling Baik Dalam Setahun

ARTIKEL BERKAITAN: Haram, Berdosa Tunai Haji Tanpa Visa Haji

ARTIKEL BERKAITAN: "Haram Cium Hajar Aswad Jika Bahayakan Diri & Orang Lain" - Dr Zul

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar Diri, Raffi Ahmad Banyak Solat Taubat Sebelum Tunai Haji

ARTIKEL BERKAITAN: 300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di Mekah, Diperdaya Pakej Murah

Marmar Thassos terkenal dengan keupayaannya untuk memantulkan cahaya dan haba, sesuatu yang mustahil untuk didapati pada baju jenis granit dan marmar lain.
Ketebalan batu marmar yang digunakan di Masjidil Haram ialah setebal lima sentimeter, dengan liang kecil yang ada pada material berkenaan yang menyerap kelembapan pada waktu malam dan melepaskannya pada siang hari.
Proses ini memastikan lantai sentiasa sejuk walaupun dalam suhu tinggi pada siang hari, sehingga ramai orang memberi julukan sebagai ‘marmar pintar’.
Konfigurasi kristal marmar Thassos mempunyai dua kelebihan penting, iaitu keliangan yang sangat rendah dan kekonduksian terma yang tinggi. Kedua-dua sifat ini membantu marmar kekal sejuk walaupun dalam cahaya matahari yang panas.
Sumber: Saudi Gazzette

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Rasa Mahu Sucikan Hati, Shahir Rancang Menetap Di Tanah Suci - “Kadang-Kadang Sebagai Manusia…”

gempak
10/10/2024
18:50 MYT
Penyanyi, Shahir berkongsi bahawa dia dan isteri pernah berhijrah ke Arab Saudi untuk merasai pengalaman hidup di sana.
Viral

Hafiz Mahamad Tampil Beri Penjelasan Video Kaabah, Siap Buat Lakonan Semula Nak Bagi Faham - “Apabila Awak Sentuh Tentang Islam, Saya Sebagai…”

gempak
06/08/2024
05:26 MYT
Hafiz Mahamad akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung sepotong video tular memaparkan kekecohan ketika mahu mencium hajar aswad sehingga didakwa mempermainkan agama.
Berita

Hidap Kanser, Hasrat Warga Emas Meninggal di Tanah Suci Termakbul

gempak
28/06/2024
03:01 MYT
Warga emas, Abd Wahab Ramli, 60, yang meninggal dunia di Tanah Suci pada Selasa lepas kerana menghidap kanser periampullary tahap empat pernah menyuarakan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah.
Berita

Pendaki Alami Sejuk Melampau Di Gunung Kinabalu, Diusung 8.5KM Untuk Rawatan

gempak
25/06/2024
04:22 MYT
Seorang pendaki Gunung Kinabalu yang mengalami gejala kesejukan melampau terpaksa diusung sejauh 8.5 kilometer ke Pondok Timpohon, Kundasang bagi mendapatkan rawatan
Viral

Penduduk Dakwa Gua Safarwadi Boleh 'Tembus' Ke Mekah

gempak
22/06/2024
08:55 MYT
Sebuah video yang memaparkan orang ramai membanjiri sebuah gua yang dinamakan Safarwadi Pamijahandi di Tasikmalaya, Jawa Barat menjadi tular selepas tersebarnya dakwaan bahawa gua berkenaan dapat 'menembusi' laluan ke Mekah.
Unitar