Tiada doa yang mustahil untuk dimakbulkan oleh Sang Pencipta, Allah SWT.

Doa Dimakbulkan

Itulah yang boleh dikaitkan dengan situasi penduduk di Kampung Pesagi, Maran, apabila doa mereka meminta hujan ekoran daripada cuaca panas melampau dikabulkan seusai solat Istisqa’ (Solat mohon hujan).

Menurut Kadi Daerah Maran, Amirul Farhan Wahi memaklumkan jemaah menunaikan solat dalam keadaan redup yang pada awalnya terik semasa proses membentang tikar.

“Waktu solat, dah renyai sikit, selepas itu berhenti sekejap dan mendung, bila awan mendung maknanya kami bersolat tak panas.

“Ketika kami mula solat cuaca masih panas tetapi ketika melaksanakan solat hujan mula turun rintik-rintik.

“Alhamdulillah masa khutbah itu hujan turun dan awan hitam semakin berkumpul,” katanya.

Kawasan Sekitar Turut Dirahmati Hujan

Tambahnya lagi, sejurus selesai solat, beberapa tempat di kawasan sekitar turut dirahmati dengan air hujan kira-kira 20 minit.

Sekadar info, Solat sunat Istisqa’ dilakukan sebagai menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang meminta agar solat hajat dilaksanakan di semua masjid dan surau di Pahang bermula 23 Mac.

Susulan itu Jabatan Mufti Pahang mengarahkan rakyat Pahang untuk melakukan solat Istisqa’ mulai jam 3.30 hingga 4.45 petang, memohon hujan ekoran cuaca panas melampau sejak beberapa minggu ini.

Sebagai permulaan, solat Istisqa’ diadakan sebelum solat Asar pada 28 Ramadan 1445H di Persisiran Pasir Sungai Pahang, Kampung Pesagi iaitu berhadapan Masjid Kampung Pesagi, Maran.

BERITA TRENDING: Rai Syawal Awal, Imam Dakwa Sudah Telefon Allah: “Allah SWT Kata 5 Jumaat”

BERITA TRENDING: Budaya Cop Saf Solat, PU Amin; "Masjid Ni Rumah Allah, Bukan Hak Kita"


Sumber: MalaysiaGazette