Teman kepada allahyarham Vina Dewi Arsita, iaitu Linda dikhabarkan kembali dirasuk sahabatnya yang menjadi korban geng motor pada Ogos 2016 lampau.

Hal tersebut dapat dilihat dari perkongsian video pengacara Hotman Paris di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian berkenaan, Vina didakwa kembali merasuk Linda pada Sabtu lalu.

Dirasuk

“Dua hari lalu Linda kesurupan (dirasuk) lagi,” tulis Hotman.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang perempuan mengenakan pakaian berwarna merah muda, yang didakwa sebagai Linda sedang menangis dan menjerit . Dia juga berbicara banyak berkaitan kes pembunuhan Vina Cirebon.

PILIHAN PEMBACA: “Bubs, Yang, Love” - Sarah Yasmine Dedah Panggilan Manja Aliff-Sophia, Berhubung Guna Akaun Palsu?

Sambil menangis, Linda mengucap satu nama yang diduga ikut serta menganiaya Vina dan Eky di flyover Talun. Sosok tersebut merupakan lelaki yang mengaku sebagai Melmel.

PILIHAN PEMBACA: Sharnaaz Ahmad Anggap Kehadiran Aliff Syukri Dalam Industri Ibarat Warna - “Orang Macam Dia Tetap Akan…”

Nama Melmel ini memang sedang menjadi sorotan selesai rakaman suaranya dibahas dalam podcast di YouTube Jejak Backpacker pada Ahad lalu.

Linda juga mendesak Polis Daerah Jabar agar mencari lelaki yang mengaku sebagai Melmel itu untuk diperiksa dan diambil keterangannya.

Sebab, katanya, Melmel turut terlibat dalam pembunuhan Vina dan Eky.

"Telaah lagi itu suaranya, minta keterangan padanya. Dia yang buat, ikut pukul, ikut perkosa," kata Linda.

Setelah menyuarakan hal tersebut, Linda kemudian tidak sadarkan diri.

Perkongsian Hotman itu pun menarik perhatian warganet. Namun, pada ruangan komen, ada segelintir warganet yang ragu dengan peristiwa kerasukan yang dialami Linda.

Netizen susah nak percaya

Ada juga yang mengandaikan bahwa Linda mengetahui apa yang terjadi ketika kejadian, namun ia takut untuk bersuara atas dirinya sendiri. Sehingga membuat dirinya seolah kerasukan roh Vina.

“Linda dirasuk lagi harus tunggu 8 tahun ya? Ini lakonan atau bagaimana ya? Apa tak mau dicurigai ikut dalang pembunuhan ini?” tulis seorang warganet.

PILIHAN PEMBACA: Dakwa Diri Jadi Mangsa Dera Majikan, Rupa-Rupanya ‘Maid’ Indonesia Kantoi Curi Duit RM10,850 - “Suspek Berusia 31 Tahun Itu…”

“Linda kenapa ni Lin! Cakap sahaja itu kamu! Namanya bukan Mel Mel tapi ditanya tak tahu! Tapi kamu pastikan dia adalah pelaku juga! Tak jelas si Linda ini, sudah bilang sahaja ini bukan kerasukan,” kata warganet.

Begitupun, hantaran itu sudah dipadamkan oleh Hotman Paris.

Terdahulu, kes pembunuhan Vina dan kekasihnya, Muhammad Risky Rudiana atay Eki di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia memasuki babak baharu seteleha satu daripada tiga suspek yang sempat meloloskan diri sejak lapan tahun lalu, Pegi Setiawan atau Peros berjaya diberkas pihak polis.

FIlem Vina: Sebelum 7 Hari merupakan filem yang diinspirasikan daripada kematian Vina Dewi Arsita pada 27 Ogos 2016. Ketika itu, Vina baru berusia 16 tahun.

Sumber: Viva

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Filem Vina: Sebelum 7 Hari Tular, Suspek Rogol & Bunuh Yang ‘Hilang’ 8 Tahun Lalu Ditahan!

ARTIKEL TRENDING: Netizen Tegur Leher Yazmin Aziz Nampak Macam ‘Love Bite’, Ini Respons Tuan Badan