Hiburan

Sharnaaz Ahmad Anggap Kehadiran Aliff Syukri Dalam Industri Ibarat Warna - “Orang Macam Dia Tetap Akan…”

gempak
Asyikin Mayudin
01/04/2024
07:25 MYT
Sponsor Banner
Sharnaaz Ahmad Anggap Kehadiran Aliff Syukri Dalam Industri Ibarat Warna - “Orang Macam Dia Tetap Akan…”
Kecoh di laman sosial mengenai video promosi lagu raya baharu usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Love Raya yang mengundang kecaman netizen.
Biarpun menerima pelbagai kritikan, namun pelakon Sharnaaz Ahmad mempunyai pandangan yang berbeza dan berpendapat kehadiran Aliff Syukri dalam industri memberi warna dan corak.
“Kalau tak da dia dalam dunia seni bosan juga… asyik, cerai, gaduh, putus, lokap (semua tu aku la). Sebab, dia ni ibarat warna dan corak dalam sesebuah industri.
“Walaupun orang kecam, orang macam dia tetap akan hibur dan cari masalah untuk tontonan kita,” kata Sharnaaz menerusi Instastory.

Enjoy Selagi Dia Ada

Pada perkongsian yang sama, Sharnaaz juga mengajar semua orang untuk menikmati sahaja sementara usahawan sensasi itu masih ada dalam industri.
“Enjoy sajalah selagi dia masih ada... salam Ramadan pipol,” ujarnya lagi.
Terdahulu, perkongsian sedutan lagu raya yang dibuat oleh Aliff Syukri menerusi akaun Instagramnya semalam mengundang kecaman netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Aliff memuat naik satu babak daripada muzik videonya yang menampilkan dia dan beberapa penari mengenakan kostum yang terlalu aneh untuk dikaitkan dengan kedatangan bulan Syawal.
Tidak hanya kostum ketat mengikut bentuk badan, gaya persembahan dia serta penari-penarinya juga menjadi bahan kritikan daripada wargamaya.

BERITA TRENDING: Aliff Syukri Kongsi Sedutan MV Raya, Netizen: “Astaghfirullah Datuk, Ini 10 Terakhir Ramadan!”

BERITA TRENDING: Umum Nak Keluar Lagu Raya Baru, Netizen Dah Muak Dengan Konten Aliff Syukri? - “Tiap Kali Ramadan Bawa Kontroversi"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live