,
Laman Utama

8 Tahun Diganggu Lelaki Gila Seks, Acacia Diana Trauma! - "Dia Melanc** Depan Gambar Saya"

Syafiqah Jalal
08/08/2023
05:44 MYT
Nama Acacia Diana mula dikenali selepas pendedahannya yang bekerja sebagai juru foto itu mengenai dirinya yang telah menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial selama lapan tahun.
Lebih ekstrem lagi lelaki yang bernama Safiq Rosli itu tidak berputus asa mengekorinya sehingga ke United Kingdom (UK) semata-mata hendak berjumpa dengannya yang kini sudah bertugas di sana.
Acacia, 31, yang ditemui Gempak memberitahu selama terima gangguan itu, lelaki berkenaan sudah beberapa kali mengekorinya ke tempat kerja termasuk mencarinya di rumah

Ikut Ke Rumah & Tempat Kerja

“Sepanjang lapan tahun berdepan dengan situasi ini, bebrapa kali dia mengekori saya ke tempat saya bekerja. Dia tak akan buat ancaman secara fikizal, cuma dia aka ada kat sana menghendap saya sepanjang masa.
“Paling saya takut, dia pernah cari saya hingga ke rumah dan Nasib baik ketika itu saya tiada yang ada hanya bapa saya.
“Setiap kali nampak dia, saya jadi takut gelisah tak tahu nak buat macam mana. Tapi saya pernah lepas geram dengan menjerit kepadanya supaya jangan menggangu saya,” katanya.

Buka Lebih 30 Akaun Untuk Stalked

Selain itu, Acacia mendedahkan selama diganggu, lelaki itu telah membuka lebih 30 akaun di media sosial untuk menghendapnya (stalked).
“Bayangkan selama dia mengganggu saya sudah lebih 30 akaun dia buka untuk menghubungi saya serta menghendap saya di media sosial.
“Selain menghantar gambar serta video kemaluannya, dia juga membuat perkara tidak senonoh (melancap) di hadapan gambar saya,” katanya.

Trauma Sampai Bila-Bila

Berkongsi mengenai keadaan dirinya, Acacia akui dia amat trauma dan sehingga kini masih rasa diperhatikan.
“Sangat-sangat trauma dan takut, perasaan dihendap dan diekori itu sentiasa ada walaupun saya tahu dia kini berada di wad Neorologi. Namu saya tetap rasa seperti ada orang tetang memerhatikan saya.
“Saya rasa perasaan trauma ini tak akan hilang saya terfikir jika nanti dia sudah bebas pasti dia akan cari saya dan lakukan kembali apa yang pernah dia lakukan kepada saya dan sebagainya,” luahnya.

Takut Ada Kekasih

Acacia memberitahu apa yang berlaku benar-benar telah memberi kesan kepada diri dan hidupnya termasuk hubungan dengan lelaki.
“Kes ini telah menggangu banyak aspek dalam hidup saya secara peribadi termasuk hubungan istimewa (kekasih). Saya tiada kekasih, saya rasa biar saya saya stabilkan emosi saya dahulu sebelum menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.
“Buat masa sekarang sangat sukar untuk saya percaya pada tetapi saya harap pihak berkuasa dapat membantu menyelesaikan kes ini,”ujarnya.
Banyak lagi kisah yang akan dikongsi Acacia secara eksklusif nanti di Gempak Most Wanted esok yang bersiaran setiap hari Rabu, 11 malam di Astro Ria.
Terdahulu, Gempak melaporkan seorang jurugambar mendedahkan diganggu hampir lapan tahun oleh seorang lelaki dengan mesej-mesej berbaur lucah.
Lelaki yang didakwa mengganggu Acacia seperti yang tular sebelum ditahan di wad di bawah Jabatan Neurologi Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

‘Sedap’ S*ks Oral, Mabuk Saat Memandu, Pemuda Langgar Lari Warga Emas

gempak
18/11/2024
08:52 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditangkap pihak berkuasa Jogjakarta, Indonesia selepas terbabit dengan kemalangan langgar lari yang berlaku pada Khamis lalu.
Hollywood

Shawn Mendes Jawab Spekulasi Orientasi Se*ks Melalui Lagu

gempak
25/10/2024
11:55 MYT
Penyanyi Shawn Mendes dipercayai menjawab spekulasi orientasi seks melalui lagu terbaharunya, The Mountain.
Viral

Pengasuh ‘Gila’, Campur Pil Terlarang Dalam Susu Agar Bayi Kuat Makan

gempak
14/10/2024
21:22 MYT
Manusia makin hari makin di luar kewarasan. Seperti perbuatan kejam dan kurang siuman seorang pengasuh terhadap bayi di bawah jagaannya terbongkar baru-baru ini.
Viral

Ada Hampir Gila! Lelaki Kongsi Pancaroba Hidup Selepas Bercerai - "Dua Tahun Saya Tidur Lampu Menyala"

gempak
10/10/2024
11:55 MYT
Kebanyakan pasangan yang bercerai, lazimnya pihak lelaki lebih memilih untuk berdiam diri berbanding wanita.
Hollywood

Pemenang Grammy Paksa Lakukan S*ks Bertiga, Rog*l Jurusolek Isteri

gempak
04/10/2024
06:36 MYT
Penyanyi lagu-lagu country, Garth Brooks berdepan pertuduhan merogol jurusolek yang telah bekerja lama untuk isterinya, Trisha Yearwood.
Unitar