8 Tahun Menunggu, Mila Jirin Dapat Izin Suami Lancar Lagu Sandera! - "Banyak Perkara Saya Korbankan"
Amri Hassan
25/03/2024 04:55 MYT
25/03/2024 04:55 MYT
Penantian hampir satu dekad berakhir apabila juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin akhirnya tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Sandera.
“Sebenarnya lebih lapan tahun saya tidak hadir dengan lagu baharu dan apabila ditawarkan semula, saya rasa ini masa yang sesuai untuk kembali kepada industri muzik tanah air. Banyak perkara yang saya korbankan dalam tempoh berkenaan tapi rindu saya untuk aktif semula tidak pernah sesekali padam.
“Selama ini saya hanya menyanyi untuk majlis pelanggan di Bizmilla Wedding Centre sahaja. Saya berkorban minat yang satu ini semata-mata mahu memberikan tumpuan kepada keluarga dan bisnes,” kata Mila.
Selain itu, Mila juga mendedahkan yang dia menuruti permintaan suaminya, Ahmad Ailis yang mahu dia berehat sebentar daripada industri tatkala mereka dikurniakan cahaya mata tujuh tahun yang lalu. Suaminya, risau sekiranya Mila terus aktif dalam bidang seni sedangkan anak mereka, Arif Zikri memerlukan tumpuan sepenuhnya.
“Bukan mudah sebenarnya mahu merakamkan Sandera ini memandangkan saya terpaksa memujuk suami untuk memberikan keizinan. Alhamdulillah, akhirnya dia bersetuju dan memberikan kebenaran bersyarat termasuklah tidak mengabaikan keluarga dan perniagaan.
“Memang saya gembira sangat dan kembali merakamkan lagu dan berharap Sandera ini akan diterima baik oleh pendengar seterusnya mengembalikan nama Mila Jirin kepada industri,” tambahnya lagi.
Bercerita mengenai rakaman pula, Mila gembira apabila lagu ini turut dijadikan runut bunyi untuk drama Khunsa yang telah bersiaran mulai 11hb Mac, setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria.
“Pada asalnya saya hanya membuat rakaman semula lagu Dawai untuk media sosial sahaja. Tak sangka pula video berkenaan tular sehingga menarik minat Amylea. Dia hubungi saya dan memberikan tawaran sebuah naskhah baharu untuk Khunsa.
“Bila mendengarkan sahaja tajuk Khunsa, itu sudah memberikan seribu satu persepsi kepada saya. Apabila mendengarkan kisah di sebalik Sandera, saya tidak boleh menolak. Ini memang peluang terbaik yang tidak harus dilepaskan dan yang saya tunggu selama ini, saya sangat gembira akhirnya berjumpa lagu yang sangat saya impikan dalam genre balada dan menonjolkan vokal saya,” katanya.
BERITA TRENDING: Pendapatan Syarikat RM50 Juta Setahun, Netizen Kagum Dengan Kejayaan Bisnes Mila Jirin
Bagi Mila, tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat kembali ke studio merakamkan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Amylea Azizan.“Sebenarnya lebih lapan tahun saya tidak hadir dengan lagu baharu dan apabila ditawarkan semula, saya rasa ini masa yang sesuai untuk kembali kepada industri muzik tanah air. Banyak perkara yang saya korbankan dalam tempoh berkenaan tapi rindu saya untuk aktif semula tidak pernah sesekali padam.
“Selama ini saya hanya menyanyi untuk majlis pelanggan di Bizmilla Wedding Centre sahaja. Saya berkorban minat yang satu ini semata-mata mahu memberikan tumpuan kepada keluarga dan bisnes,” kata Mila.
Selain itu, Mila juga mendedahkan yang dia menuruti permintaan suaminya, Ahmad Ailis yang mahu dia berehat sebentar daripada industri tatkala mereka dikurniakan cahaya mata tujuh tahun yang lalu. Suaminya, risau sekiranya Mila terus aktif dalam bidang seni sedangkan anak mereka, Arif Zikri memerlukan tumpuan sepenuhnya.
BERITA TRENDING: Lama Menyepi, Akhirnya Mila Jirin Bertemu Nonny Nadirah Setelah Tiga Tahun - “Saya Jumpa Dengan Seseorang Yang…”
Sudahnya, dia merelakan hati menarik diri selangkah kebelakang demi memastikan anak tunggalnya mendapat kasih sayang sepenuhnya selain memberikan tumpuan kepada perniagaan Bizmilla Wedding Centre yang mempunyai 18 Banquet Hall di 7 Cawangan di Selangor, Putrajaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang.“Bukan mudah sebenarnya mahu merakamkan Sandera ini memandangkan saya terpaksa memujuk suami untuk memberikan keizinan. Alhamdulillah, akhirnya dia bersetuju dan memberikan kebenaran bersyarat termasuklah tidak mengabaikan keluarga dan perniagaan.
“Memang saya gembira sangat dan kembali merakamkan lagu dan berharap Sandera ini akan diterima baik oleh pendengar seterusnya mengembalikan nama Mila Jirin kepada industri,” tambahnya lagi.
Bercerita mengenai rakaman pula, Mila gembira apabila lagu ini turut dijadikan runut bunyi untuk drama Khunsa yang telah bersiaran mulai 11hb Mac, setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria.
PILIHAN PEMBACA: [VIDEO] Pengantin Kecewa Gambar Kahwin Diambil Jurugambar Percuma Di Bizmilla ‘Hauk’… Ini Jawapan Mila Jirin; “Ada Momen Cantik, Kenapa Tak…
Menganggap peluang yang diberikan cukup besar buat dirinya, penyanyi yang popular dengan lagu Persis Mutiara ini berharap kedua-dua produk ini akan diterima baik oleh peminat.“Pada asalnya saya hanya membuat rakaman semula lagu Dawai untuk media sosial sahaja. Tak sangka pula video berkenaan tular sehingga menarik minat Amylea. Dia hubungi saya dan memberikan tawaran sebuah naskhah baharu untuk Khunsa.