,
Laman Utama

Aaron-Wooi Yik Bakal Terima Insentif Lebih RM200,000

Gempak
30/08/2022
08:20 MYT
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal menerima insentif wang tunai lebih RM200,000 setiap seorang susulan kejayaan mereka menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun pada Ahad.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, daripada jumlah tersebut, RM150,000 diberikan badan induk itu, manakala selebihnya daripada syarikat peralatan sukan Yonex selaku penaja.
Mohamad Norza juga memaklumkan beregu itu akan menerima RM20,000 setiap seorang menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Ini hanya peringkat awal. Apa yang saya boleh beritahu ialah saya akan berbincang dengan pihak kerajaan dan penaja bagi memastikan mereka menerima ganjaran sewajarnya," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin.
Mohamad Norza berkata, beliau juga akan mencadangkan supaya jumlah insentif wang tunai SHAKAM dinaikkan sesuai dengan kejayaan beregu berkenaan.
"Saya akan mengusulkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk mempertimbangkan jumlah yang sepatutnya.
"Perbincangan juga akan dibuat bersama pemegang taruh yang lain supaya beregu ini diberi ganjaran yang sepatutnya," katanya.
Dalam aksi final Kejohanan Dunia di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Aaron-Wooi Yik menewaskan juara dunia tiga kali dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14.
Kejayaan Aaron-Wooi Yik itu menamatkan penantian 45 tahun Malaysia meraih gelaran di pentas dunia, sekali gus menjadi wakil negara pertama yang memenangi kejohanan berprestij itu.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
Hiburan

Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

gempak
17/10/2024
18:53 MYT
Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Badan Sherry Alhadad Patah Riuk, Aisha Retno Main-Main Belajar Gimnastik Berirama?

gempak
17/10/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Hiburan

Marshanda Dakwa Hidap Bipolar Sebab Tabiat Minum Kopi

gempak
16/10/2024
13:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Marshanda mendakwa dirinya menghidap masalah gangguan kesihatan mental, Bipolar kerana suka minum kopi.
BorakSeeni