Pengacara popular Ahmad Fedtri Yahya berkongsi berita duka apabila abangnya telah menghembuskan nafas terakhir selepas berjuang dengan COVID-19.

Menerusi laman sosial Instagram, Fedtri membuat pengumuman duka tersebut untuk tatapan umum.

“Dengan berat hati saya ingin memaklumkan abang saya, Zahari, telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi setelah berjuang dengan #covid19,” tulisnya menerusi satu ciapan.

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)


Pada 15 Julai lalu, Fedtri berkongsi berita keluarga abangnya disahkan positif COVID-19 dan ditempatkan di Hospital Klang.

Kemudian, bapanya pula disahkan positif dan dimasukkan ke hospital pada hari raya Aidiladha minggu lalu.

Di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan takziah dan berharap Fedtri dan ahli keluarga yang lain terus tabah.

“Innalillah, takziah Fed. Semoga ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihiNya,” ujar penyanyi Liza Hanim.

“DariNya kita datang, padaNya juga kita pulang. Salam takziah buat keluarga,” tulis penyanyi Datuk Nora.

“Salam takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat insyallah,” ujar seorang wargamaya.

“Salam takziah tuan. Innalillah, semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa dia,” doa seorang wargamaya lagi.