Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Abang Gagal Dikesan Selepas Keluar Jogging, Aufahanie Mohon Bantuan Orang Ramai - "Lokasi Terakhir, Jambatan Sungai Klang"

Amri Hassan
14/08/2024 00:32 MYT
Penyanyi Aufahanie memohon bantuan orang ramai untuk mengesan abangnya, Nidza Afham yang gagal dikesan sejak petang semalam.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Aufahanie meminta orang ramai untuk memberikan maklumat sekiranya bertemu individu yang memiliki ciri-ciri seperti yang dinyatakan.

"Minta tolong semua orang, tolong doakan abang saya dijumpai dalam keadaan selamat.

"Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23 tahun. Ciri-ciri, tinggi sekitar 175cm, kurus dan tinggi, kulit sawo matang.

"Lokasi terakhir, Jambatan Sungai Klang," tulisnya.

Sementara itu, kakaknya, Irfahanie memberitahu adik lelakinya itu tidak terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah.

"Saya tak pernah terfikir akan melakukan hal ini (pengumuman orang hilang), tapi saya perlukan bantuan warga Malaysia.

"Adik I hilang. Lokasi last phone dan dompet ditemui atas Jambatan Sungai Klang. Dia pergi keluar jogging dalam 7.58 petang ke Stadium Klang.

"Kami dah check phone, tak ada unsur unsur bergaduh/loan shark.

"Semua dalam keadaan baik. Adik I finished his running too

"Moga kalian dapat doakan keselamatan adik saya & segera ditemui dalam keadaan selamat. Amin Ya Rabb," tulisnya yang turut membuat laporan polis.

BERITA TRENDING: "Saya Dah Biasa Tengok Dia Menari, Bukan Sesuatu Janggal" - Adik Aufahanie Rupanya Yang Viral Menari Sakan, Akui Memang 'Hyperaktif'

BERITA TRENDING: Sayu selepas perform, Aufahanie hampir menangis atas pentas. - Big Stage 5 X Flamitoz

BERITA TRENDING: #BIGSTAGE5: Dres Pun Ala-Ala Sama! Aufahanie Bukan Nak Copycat Aina Abdul - "Mungkin Ia Kebetulan..."

BERITA TRENDING: Aufahanie Pernah Dapat Undangan Uji Bakat Big Stage, Tapi Tak Dapat Sebab…

#Penyanyi #Viral #Abang #Polis #Hilang #Jogging #Klang #Aufahanie