Abang kepada Mawar Rashid, Arfan Rashid menerima kritikan selepas meninggalkan komen pada satu hantaran di Instagram pelakon itu.

BERITA TRENDING: Beberapa Bulan Kembali Solo, Netizen Perasan Mawar Rashid Makin Cantik… Siap Samakan Dengan BCL Lagi!

Menerusi hantaran tersebut, Arfan menulis: “Hotnya adik saya. Saya bangga”.



Disebabkan komen itu, Arfan ditarbiah netizen kerana didakwa ‘bangga’ dengan perbuatan tidak menutup aurat yang dilakukan oleh Mawar.

Ada yang tidak menyangka Arfan sanggup meninggalkan komen seperti itu pada hantaran yang dikongsi Mawar.

Dalam masa sama, ada juga yang berpendapat Arfan sepatutnya tidak menyokong perbuatan tidak baik yang dibuat oleh adiknya.



Terdahulu, Mawar dihurung kontroversi selepas kembali menanggalkan tudung. Tidak berapa lama selepas itu, nama Mawar kembali menjadi sebutan apabila dia dan bekas suami Raf Yaakob mengambil keputusan untuk bercerai.

BERITA TRENDING: "Mawar, Raf Cerai Bukan Sebab Orang Ketiga" - Wawa Zainal