Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Abang Sado Tarikan Utama Gerai Durian Papa Muda - "Tahun Lalu Badan Kami Kurus Kering Lagi..."

Gempak
11/07/2024 01:25 MYT
Bukan hanya keenakan dan aroma durian saja memikat pencinta raja buah itu singgah ke gerai diberi nama Durian Papa Muda namun peniaga lelaki yang bertubuh cantik turut menjadi pelaris untuk menarik kedatangan pelanggan ke situ.

BERITA TRENDING: #GempakWrapped2023: Dulu Vs Sekarang, Ini 8 Artis Makin Cantik, Sado & Glow Up!

Penampilan peniaga lelaki di gerai itu yang tidak berbaju nyata menarik perhatian kaum hawa terutama selepas video dimuat naik di TikTok rasmi gerai berkenaan tular.

Salah seorang peniaga, Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady, 25, atau dikenali Irfan berkata, dia bukan sengaja tidak berbaju untuk 'menayang' badan dengan niat mahu tular atau menarik kedatangan pelanggan ke gerai.

Sebaliknya, Irfan berkata video dirakam dan dimuat itu adalah ketika dia sibuk mengatur, menyusun serta menempatkan bekalan durian yang baru tiba di gerai.

"Waktu itu tengah hari dan buah (durian) baru sampai dari Johor, saya pula pakai baju tebal.

"Tak sangka pula ada pelanggan rakam video, kakak pun sama (rakam) untuk 'content' (bahan perkongsian) di TikTok.

"Tak sangka pula apa kakak kongsikan itu dapat perhatian sampai ramai pelanggan datang, kebanyakannya tahu daripada TikTok cuma di komen ada juga kecam tapi saya terima saja," katanya kepada Harian Metro.

BERITA TRENDING: Makin Sado, Peminat Samakan Body Khai Bahar Dengan Jungkook BTS

BERITA TRENDING: “Kerana Ia Mengundang Fitnah” - JHEAT Beri Nasihat Kepada Duda Sado Jual Durian Tak Pakai Baju

BERITA TRENDING: #PE3: “Sebab Kerjalah Saya Berjaya” - Shaheizy Sam Buat Six Pack, Isteri Approved Sebab Jarang Dapat Tengok!

Sementara itu, sepupunya, Muhamad Amirul Zaihan Osman, 31, atau mesra disapa Meor berkata, tahun ini kali kedua dia turut sama menjual durian dan perniagaan itu dijalankan bersama ahli keluarganya.

Katanya, sambutan kali lebih baik berbanding tahun lalu malah pengaruh video tular di Tiktok diakui menarik kedatangan pelanggan ke gerainya.

"Kami berlima dan mereka yang lain adalah sepupu saya, kiranya ini adalah perniagaan keluarga.

"Ikutkan tahun lalu pun berniaga durian cuma mungkin tak tular ketika itu.

"Lagipun, tahun lalu kami badan kami semua kurus kering, baru tahun ini buat badan (ada bentuk badan) selepas aktif semula ke gimnasium selepas lama tinggalkan.

"Tak sangka pula boleh tular kerana video tak pakai baju dimuat naik sepupu di TikTok kerana buka pakaian waktu itu sebab cuaca panas, bukannya nak menunjuk," katanya.

Sementara itu, Tengku Zarith Jazmine Tengku Zannor Kifly, 27, yang juga peniaga durian di situ berkata, gerai berkenaan diuruskannya bersama suaminya, Muhammad Hairul Hafiz Azkhalim, 27.

"Gerai kami dibuka sejak 7 Jun lalu dan beroperasi daripada jam 10 pagi sampai 1 pagi keesokannya.

"Ada pelbagai jenis durian dijual di gerai kami antaranya Musang King, IOI, Durian Merah dan Black Thorn.

"Setakat ini, ramai pelanggan datang terutama selepas waktu kerja dan hujung minggu malah ada dari Johor, Rawang serta Klang, Selangor dengan sebahagiannya dapat tahu mengenai gerai kami di TikTok.

"Alhamdulillah, maklum balas pelanggan yang datang positif kerana kami pun beri jaminan kembalikan durian jika dapat yang tak okay cuma biasalah di TikTok ada kecam video dimuat naik.

"Tapi saya terima saja dan tak terkesan kerana itu pandangan mereka," katanya.Abang Sado Tarikan Utama Gerai Durian Papa Muda - "Tahun Lalu Badan Kami Kurus Kering Lagi..."

Bukan hanya keenakan dan aroma durian saja memikat pencinta raja buah itu singgah ke gerai diberi nama Durian Papa Muda namun peniaga lelaki yang bertubuh cantik turut menjadi pelaris untuk menarik kedatangan pelanggan ke situ.

Penampilan peniaga lelaki di gerai itu yang tidak berbaju nyata menarik perhatian kaum hawa terutama selepas video dimuat naik di TikTok rasmi gerai berkenaan tular.

Salah seorang peniaga, Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady, 25, atau dikenali Irfan berkata, dia bukan sengaja tidak berbaju untuk 'menayang' badan dengan niat mahu tular atau menarik kedatangan pelanggan ke gerai.

Sebaliknya, Irfan berkata video dirakam dan dimuat itu adalah ketika dia sibuk mengatur, menyusun serta menempatkan bekalan durian yang baru tiba di gerai.

"Waktu itu tengah hari dan buah (durian) baru sampai dari Johor, saya pula pakai baju tebal.

"Tak sangka pula ada pelanggan rakam video, kakak pun sama (rakam) untuk 'content' (bahan perkongsian) di TikTok.

"Tak sangka pula apa kakak kongsikan itu dapat perhatian sampai ramai pelanggan datang, kebanyakannya tahu daripada TikTok cuma di komen ada juga kecam tapi saya terima saja," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, sepupunya, Muhamad Amirul Zaihan Osman, 31, atau mesra disapa Meor berkata, tahun ini kali kedua dia turut sama menjual durian dan perniagaan itu dijalankan bersama ahli keluarganya.

Katanya, sambutan kali lebih baik berbanding tahun lalu malah pengaruh video tular di Tiktok diakui menarik kedatangan pelanggan ke gerainya.

"Kami berlima dan mereka yang lain adalah sepupu saya, kiranya ini adalah perniagaan keluarga.

"Ikutkan tahun lalu pun berniaga durian cuma mungkin tak tular ketika itu.

"Lagipun, tahun lalu kami badan kami semua kurus kering, baru tahun ini buat badan (ada bentuk badan) selepas aktif semula ke gimnasium selepas lama tinggalkan.

"Tak sangka pula boleh tular kerana video tak pakai baju dimuat naik sepupu di TikTok kerana buka pakaian waktu itu sebab cuaca panas, bukannya nak menunjuk," katanya.

Sementara itu, Tengku Zarith Jazmine Tengku Zannor Kifly, 27, yang juga peniaga durian di situ berkata, gerai berkenaan diuruskannya bersama suaminya, Muhammad Hairul Hafiz Azkhalim, 27.

"Gerai kami dibuka sejak 7 Jun lalu dan beroperasi daripada jam 10 pagi sampai 1 pagi keesokannya.

"Ada pelbagai jenis durian dijual di gerai kami antaranya Musang King, IOI, Durian Merah dan Black Thorn.

"Setakat ini, ramai pelanggan datang terutama selepas waktu kerja dan hujung minggu malah ada dari Johor, Rawang serta Klang, Selangor dengan sebahagiannya dapat tahu mengenai gerai kami di TikTok.

"Alhamdulillah, maklum balas pelanggan yang datang positif kerana kami pun beri jaminan kembalikan durian jika dapat yang tak okay cuma biasalah di TikTok ada kecam video dimuat naik.

"Tapi saya terima saja dan tak terkesan kerana itu pandangan mereka," katanya.

BERITA TRENDING: Dituduh Lelaki Gay, Atiq Azman Mahu Ambil Tindakan; “Standby Nak Saman, Jangan…”


Sumber: Harian Metro
#Viral #Durian #Sado #Kajang #Papa Muda
;