Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Abby Abadi Bertemu Aslam, Netizen: “Sebak Memang Sebak, Dalam Masa Sama Aku Kesian Dekat Bini Pertama”

Gempak
11/04/2024 23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Abby Abadi berkongsi sepotong video pertemuannya dengan menantu, Aslam buat kali yang pertama.

Menerusi video berkenaan, Aslam dilihat bersalaman dengan ahli kelurga besar Abby, termasuk Memey Suhaiza yang turut berada di situ.

Perbaiki kesilapan

Pada ruangan kapsyen, Abby menulis tentang bagaimana Hari Raya Aidilfitri digunakan sebagai ruang untuk memperbaiki kesilapan.

“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki dan setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati.

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)


“Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Doakan yang baik-baik ya,” tulisnya ringkas.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen berbelah-bahagi dengan perkongsian yang dibuat oleh Abby itu.

Kasihan isteri pertama

Salah seorang pengguna Instagram menzahirkan rasa sayu melihat video berkenaan, dan dalam masa sama mengakui kasihan terhadap isteri pertama Aslam.



Tidak kurang, ada juga yang memuji Abby sebagai seorang wanita kuat, sementelah melalui hal yang serupa sebanyak dua kali.



Terdahulu, Abby Abadi memuat naik sepotong video di Instagram yang memperlihatkan keluarga itu kembali berkumpul meraikan hari jadi anak angkatnya, Maira Darda.

Menerusi video itu juga, masing-masing dilihat sedang tersenyum, di samping terserlah keceriaan di wajah Marissa dan juga Norman.

ARTIKEL BERKAITAN: Norman Hakim Sambut Hari Lahir Anak Lelaki, Netizen Pula Persoal Mana Abby Abadi - “Mana Mak Kandung Dia?”

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Tak Pernah Buang Dia Dari Hidup Saya" - Abby Abadi Harap Dapat Sambut Raya Bersama Marissa

#Abby Abadi #Hari Raya #Marissa Dania #Aslam #Salam Hari Raya
;