Hiburan

Norman Hakim Sambut Hari Lahir Anak Lelaki, Netizen Pula Persoal Mana Abby Abadi - “Mana Mak Kandung Dia?”

gempak
Asyikin Mayudin
25/03/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Norman Hakim Sambut Hari Lahir Anak Lelaki, Netizen Pula Persoal Mana Abby Abadi - “Mana Mak Kandung Dia?”
Ucapan ulang tahun kelahiran yang dititipkan oleh pelakon Norman Hakim kepada anak lelakinya, Mohd Danish telah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian di Instagram, Norman berkata kehadiran Danish yang dianggap seperti ‘best friend’ dalam hidupnya selama 21 tahun telah membawa erti kebahagian.
"Sanah helwah, selamat ulangtahun kelahiran yang Ke-21 abang Danish. 21 tahun yang amat membahagiakan papa.
"Papa tak sangka satu hari nanti yang kita akan jadi ‘best friend forever’ dan boleh berkongsi segala rahsia, rasa ups and down dalam hidup ini," tulisnya.
Pada perkongsian yang sama, Norman turut berdoa agar ikatan kasih sayang antara dia, Danish dan ahli keluarga yang lain terus kekal selama-lamanya hingga ke akhir hayat.
"Terima kasih Allah, terima kasih abang. Semoga bonding kita ini akan terus kekal sampai bila-bila hingga ke Jannah.
"Tolong maafkan papa andai ada khilaf papa selama 21 tahun kita bersama. Andai ada rezeki, bawalah kami Mama (Abby Abadi), mummy (Memey Suhaiza), abah adik-adik semua ke syurga insya-Allah," tambahnya.
Menerusi ruang komen di perkongsian itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak apabila membaca ucapan istimewa itu.
Dalam hantaran sama, Norman turut memuat naik sepotong video meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Danish bersama keluarganya.

Ketiadaan Abby Abadi Buat Netizen Tertanya-Tanya

Pun begitu, ada segelintir netizen yang mempersoalkan ketiadaan ibu kandung Danish iaitu pelakon Abby Abadi dalam video berkenaan.
Sekadar info, Danish merupakan anak sulung hasil perkahwinan Abby dan Norman. Namun mereka disahkan bercerai pada 2009.
Selain Danish, Abby dan Norman juga mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup iaitu Marissa Dania dan Maria Danisha.
Norman kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan aktres Memey Suhaiza pada 2011.
Manakala, Abby menamatkan zaman jandanya dengan Mohd Farhan pada 2013, namun usia perkahwinan tidak kekal lama dan bercerai setahun kemudian.
Pada 2015, Abby berkahwin buat kali ketiga dengan lelaki bernama Muhammad Faizal Zakaria.

BERITA TRENDING: Marissa Dania Tutup Komen IG & Terus Menyepi!

BERITA TRENDING: "Saya Tak Pernah Buang Dia Dari Hidup Saya" - Abby Abadi Harap Dapat Sambut Raya Bersama Marissa

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live