Hiburan

"Saya Tak Pernah Buang Dia Dari Hidup Saya" - Abby Abadi Harap Dapat Sambut Raya Bersama Marissa

gempak
Maliah Surip
19/03/2024
01:04 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Pernah Buang Dia Dari Hidup Saya" - Abby Abadi Harap Dapat Sambut Raya Bersama Marissa
Pelakon Abby Abadi menegaskan dia tidak pernah membuang anak perempuannya, Marissa Dania Hakim daripada hidupnya.

BERITA TRENDING: Enggan Panjangkan Isu, Norman Hakim Mengalah Dengan Abby - “Ampun Maaf Untuk Segala Kelemahan…

BERITA TRENDING: “Jodoh Itu Takdir Yang Boleh Dipilih, Mati Je Tak Boleh Pilih” - Abby Abadi

Malah, layanan dan kasih sayang yang diberikan setara dan adil antara semua anak-anak kandung begitu juga anak-anak angkatnya.
“Saya sayang semua anak saya sama rata tidak ada kurang tidak ada lebih. Buruk baik dia tetap anak saya. Saya tidak pernah buang dia dari hidup saya,” ujar Abby kepada Gempak.
Sebelum bertemu kali terakhir dengan Marissa ketika iftar di kediaman Norman baru-baru ini, kongsi Abby kepada Gempak, bukan dirinya tidak berusaha untuk bertemu anaknya itu selepas timbul kontroversi kahwin lari di Thailand dengan Aslam.

BERITA TRENDING: Marissa Dania Dilabel Penyondol, Abby Abadi: “Lelaki Bukan Anak Patung Yang…”

Namun, jelas bekas anggota kumpulan Elite itu semua tidak mudah seperti apa yang dilihat dan dimahukan khalayak.
“Ada yang tanya kepada tidak tarik bawa dia balik sewaktu jumpa di majlis tempoh hari, semuanya tak semudah yang diinginkan.
“Saya cuba berlembut. Saya tidak suka memaksa. Kita pun pernah muda. Anak-anak tidak suka dipaksa, mereka mahu buat apa yang nak dibuat.
“Tapi jika Marissa pulang sambut Aidilfitri dengan saya tahun ini, saya berjaya,” kata Abby.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live