Laman Utama

Abby Abadi Hadiahkan Motosikal Kepada Anak Teruna, Danish Hakim; "Baru Je Plan Nak Kumpul Duit Beli Sendiri..."

gempak
Amri Hassan
26/03/2021
07:50 MYT
Sponsor Banner
Abby Abadi Hadiahkan Motosikal Kepada Anak Teruna, Danish Hakim; "Baru Je Plan Nak Kumpul Duit Beli Sendiri..."
Pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim menghadiahkan sebuah motosikal kepada anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim, sempena meraikan hari jadi ke-18 baru-baru ini.
Berkongsi momen indah itu di Instagram, kata Abby, hadiah itu punyai pengertian yang besar bagi keluarganya.
"Momen paling indah 24/3/2021. Walaupun mungkin kecil pada org lain tapi besar ertinya pada kami & @danishhakimofficial.
"Walaupun motor je pun, bersyukur ye Abang.. Nanti Allah tambah lagi.
"Terima kasih Allah untuk nikmat anak-anak yg mendengar kata & nikmat kasih sayang yang Kau rezekikan pada kami.
"Pegang hati-hati kami untuk terus bergelar hambaMU yang sebenar-benar hamba hingga akhir nyawa.. Amin," tulis Abby.
Sementara itu, kata Danish pula beroleh hadiah motosikal itu umpama pucuk dicita ulam mendatang.
"Baru je plan nak kumpul duit dan beli sendiri, tahu-tahu je Allah bagi depan mata terus.
"Betul-betul ikut warna kegemaran pula tu. Syukur Alhamdulillah," tulisnya di Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live