Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Abby Abadi, Norman Hakim Tak Gaduh, Diibaratkan Sebagai Tom & Jerry! Siap Peluk Memey Lagi - “Itulah, Jangan Biarkan Saya Bercakap”

Mya Amri 26/04/2025 | 14:25 MYT
Pelakon, Norman Hakim dilihat sudah bertemu dengan bekas isterinya iaitu aktres Abby Abadi selepas tular dakwaan kononnya berlaku perselisihan antara mereka.

Ibarat Tom & Jerry

Norman menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram telah memuat naik video pendek merakamkan dirinya bersama Abby sedang berbual dan ketawa sebelum memasuki sebuah kedai makan.
Seolah-olah tiada apa yang berlaku, Norman juga turut menunjukkan satu hantaran portal dakwaan kononnya dia pernah mengasari Abby.

BERITA TRENDING:Luahan Perasaan Marissa Dania, Tetap Jadi Pelindung Untuk Arwah Anak - “Itu Bukan Bermakna Tiada Kasih Sayang & Ruang Untuk…”

BERITA TRENDING:Hubungan Cik Epal Dengan Dewi Takkan Macam Abby Abadi & Memey Suhaiza - “Dengan Bapa Budak-Budak Ini Pun Aku Dah Menyampah”

BERITA TRENDING:Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di Instagram, Marissa Dania Tampil Komen: “Taknak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?”

BERITA TRENDING:Enggan Panjangkan Isu, Norman Hakim Mengalah Dengan Abby - “Ampun Maaf Untuk Segala Kelemahan Salah & Silap”

BERITA TRENDING:"Tak Pernah Sesaat Pun Saya Lepas Tangan" - Norman Hakim Mohon Abby Abadi Bertenang, Selesaikan Kes Marissa Sesama Keluarga

Terdahulu, Abby secara terbuka mendedahkan kisah rumah tangga yang pernah berlaku sebelum dan selepas dia bercerai dengan Norman.
Antara perkara yang pernah disebut adalah menjadi mangsa keganasan rumah tangga selain mengabaikan nafkah anak.
Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun.
Abby kemudian bernikah dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015.
Norman pula kemudiannya berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
#Abby Abadi #Memey Suhaiza #Norman Hakim #Tom Jerry