HIBURAN
Dikritik Selepas Suarakan Isu Nafkah, Abby Abadi Tuntut Demi Kebaikan Anak-Anak - “Kalau Tak Minta, Memang Takkan Merasa Duit Besar…”
Konflik keluarga pelakon Abby Abadi dilihat belum temui jalan penyelesaian apabila aktres itu mendakwa bekas suaminya iaitu aktor Norman Hakim tidak pernah memberi nafkah untuk anak-anak selama 17 tahun.
Dikritik selepas suarakan
Menerusi Instastory, Abby memberitahu selama ini dia tidak pernah menuntut apa-apa daripada bekas suaminya itu namun dirinya kini dikritik apabila menyuarakan perkara itu di laman sosial.
“17 tahun saya diam saja... tak tuntut apa-apa pun… layan saja. Enjoy saja apa yang ada.
“Sekali bila bersuara untuk dapatkan serba sikit untuk anak-anak saya, ada pula suara-suara sumbang yang berkata-kata ‘simpanlah aib! lantang sangat merosakkan, outspoken, mulut bla bla bla’. Ntah apa-apa saja, suka saja nak jugde orang,” luahnya.
Tanggung kehidupan sendiri
Pada perkongsian lain, Abby menjelaskan dia tidak pernah meminta duit daripada sesiapa malah menanggung kehidupannya dengan berniaga.
Menurut Abby, dia menuntut nafkah yang tertangguh sejak 17 tahun lalu hanya untuk kebaikan anak-anaknya di masa hadapan.
“Saya berniaga macam biasa ya. Saya makan minum cari sendiri. Tak pernah meminta-minta duit sesiapa. Sekarang nak minta sikit nafkah yang 17 tahun sebelum ni untuk buat simpanan anak-anak sebab mereka yang besar ini tiada apa pun.
“Kalau tak minta memang takkan merasa duit besar daripada dia,” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Luahan Perasaan Marissa Dania, Tetap Jadi Pelindung Untuk Arwah Anak - “Itu Bukan Bermakna Tiada Kasih Sayang & Ruang Untuk…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Biarlah Orang Nak Kecam, Kutuk, Saya Tetap Bersama Hingga Akhir Hayat" - Suami Titip Kata-Kata Semangat Buat Abby Abadi
ARTIKEL BERKAITAN: Aslam Sedar Tanggungjawab Poligami, Cuba Berlaku Adil Buat Isteri-Isteri - "Mereka Tak Kongsi Tempat Tinggal, Nafkah"
Sebelum ini, Abby mendakwa bekas suaminya, Norman Hakim, tidak menunaikan tanggungjawab nafkah terhadap tiga anak mereka sejak bercerai 17 tahun lalu.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan mendakwa selepas perceraian berlaku, Norman dikatakan tidak mengambil berat mengenai keperluan harian tiga anak mereka iaitu Danish, Dania dan Danisha.
Pelakon berusia 48 tahun ini juga menepis tuduhan segelintir netizen yang beranggapan dia cemburu dengan kehidupan mewah Norman dan isteri, Memey Suhaiza.
Sebaliknya Abby memberitahu dia hanya berharap agar bekas suaminya itu dapat berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama anak-anak mereka
Must-Watch Video