Laman Utama
“Ada Cakap Lawak Bodoh, Tak Apalah Semua Ada Hak Menilai” - Lawak Dibandingkan, Atu Tak Kecil Hati
Pelawak dan anggota kumpulan Zero, Atu tidak cepat melatah apabila ada yang membuat perbandingan mengenai cara lawaknya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Atu menyatakan masing-masing berhak untuk memberi pandangan.
“Ada cakap lawak saya lawak bodoh, ada yang bandingkan dengan dulu lagi best, tidak apa lah semua ada hak masing-masing untuk menilai,” tulisnya.
Bagaimanapun kata Atu, dia hanyalah mencari rezeki dan bukan menagih perhatian.
“Saya halalkan saya maafkan. Saya cuma mencari rezeki bukan mencari perhatian orang. Maafkan saya.
“Biarlah bini saya saja yang terima lawak saya. Terima kasih jugak kepada yang support saya selama ini,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya menyatakan Atu masih lagi sama seperti dahulu.
Untuk info, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif ini menganggotai kumpulan Zero bersama abang-abangnya iaitu Syaiful dan Sharif.
Mereka mula dikenali setelah menyertai program realiti TV lawak terbitan Astro, Raja Lawak musim keenam pada 2012 di mana mereka telah dinobatkan sebagai naib juara.
Pada tahun 2014, Zero telah menyertai Maharaja Lawak Mega dan dinobatkan sebagai juara.
Sehingga kini, mereka dikenali dengan tagline iaitu "Pantang Mundur Kecuali Operasi".
Must-Watch Video